Pages

Showing posts with label Sekali. Show all posts
Showing posts with label Sekali. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Tragedi kematian tiga anak sekali gus: Padam kenangan pahit



Alor Setar: Tragedi kematian tiga anak sekali gus pada tahun lalu terus menghantui diri si bapa. Demikian keperitan yang ditanggung Rusdi Rani, 38, hingga terpaksa bertindak nekad berhenti kerja sebagai tukang cuci di negeri ini untuk memulakan hidup baharu di kampung isterinya di Jerteh, Terengganu.

Ia terpaksa dilakukan semata-mata untuk pergi jauh daripada lokasi sejarah hitam yang menyebabkannya kehilangan tiga anak serentak pada hujung tahun lalu.

Bukan niatnya berpindah untuk memadamkan memori tiga anak kesayangan itu, sebaliknya segala kenangan pahit masih mengganggu fikirannya yang masih menghuni kediaman mereka di Alor Semela, di sini, berikutan tragedi itu terlalu perit untuk ditempuhi Rusdi dan isterinya, Siti Aishah Ariffin, 40.

Teringat hilai tawa anak

Walaupun hampir tujuh bulan tiga beradik malang mangsa bunuh itu pergi meninggalkan keluarga, kelincahan dan hilai tawa Allahyarham Nur Syarikah, 14, serta keletah manja dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, seolah-olah masih kekal menghuni kediaman keluarga mereka.

View the original article here

Tuesday, 24 June 2014

[Video] Ini Buktinya, Mudah Sekali Mengajak Wanita Saat Lelaki Membawa Kereta Mewah



Sebuah eksperimen sosial dilakukan untuk melihat apa yang terjadi ketika seorang lelaki membawa kenderaan mewah bersamanya. Apakah wanita mau pergi bersamanya atau menolak kerana dia orang asing?.

Seorang lelaki membawa kereta mewah jenis lamborghini dan berhenti di pinggir jalan untuk menarik perhatian para wanita. Ia mengajak mereka memandu kenderaan elit itu hanya dengan menggunakan isyarat bahasa tubuh. Ada pelbagai reaksi dari wanita-wanita tersebut.

Ada yang memang bertanya-tanya dan merasa janggal kerana tak kenal dengan lelaki itu, tapi akhirnya ia tetap naik kenderaan tersebut. Ada yang malah minta selfie dan ada juga yang menolak untuk ikut. Namun sebahagian besar dari mereka takluk untuk ikut ajakan lelaki tersebut.
.

Penampilan memang bukan segalanya dalam pemikiran bijaksana. Ironisnya, masih banyak keadaan yang berbanding terbalik di dunia nyata.


 Elite Daily

View the original article here

Tuesday, 29 April 2014

Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Amir Raja Lawak Sekali Lagi Dedahkan Gambar Bakal Isteri

Setelah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.


Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu

View the original article here