Pages

Showing posts with label Skandal. Show all posts
Showing posts with label Skandal. Show all posts

Friday, 25 July 2014

Gempar : Ezany kongsi gambar Isteri dan ‘Skandal’ di facebook

Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama dan turut dilaporkan Mynewshub semalam.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan ‘kes’ isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook. 


Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.



Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.

Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.
Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga. 


Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan. Credit MNH

View the original article here

Wednesday, 25 June 2014

Gambar: Pemilihan Pramugari Di China Ini Penuh Skandal Dan Memalukan

Menjadi pramugari adalah impian banyak wanita cantik. Pekerjaan ini menawarkan gaji yang besar dan peluang untuk travelling percuma ke berbagai belahan dunia.

Namun sudah rahsia umum bahawa proses pengambilan pramugari dan pekerjaan mereka kerap diidentikkan dengan skandal. Namun tetap saja hal tersebut tidak membatalkan niat banyak wanita di Beijing untuk ikut seleksi menjadi pramugari syarikat China Southern Airlines.





Setiap calon pramugari diharuskan memakai skirt diatas lutut dan high heels. Mereka yang tidak memakai high heels dipastikan tidak diterima

Mereka beratur untuk menjalani pemilihan awal, wawancara dan ujian tambahan secara marathon termasuk pemeriksaan kesihatan yang oleh sebuah media asal China amat penuh skandal kerana menghendaki para wanita-wanita cantik tersebut menanggalkan semua pakaiannya (gambar tidak boleh dipaparkan di sini).





Para wanita cantik calon pramugari menjalani pemilihan awal dan wawancara. Namun tahap seleksi seterusnya menjurus ke penghinaan







Para pramugari bersiap menjalani ujian kesihatan. Disini mereka kelihatan masih mengenakan pakaian dalam yang disediakan syarikat, namun selanjutnya mereka harus menanggalkan semuanya

Tak dapat dielakkan hal ini menimbulkan kritikan keras di kalangan netizen di China.

(China News, Weibo)


View the original article here