Pages

Showing posts with label Sudah. Show all posts
Showing posts with label Sudah. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri

Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.

Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut.

Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut.


Sekadar gambar hiasan

Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.

Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha?

Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri?

Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!

Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat.

Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!

Jangan salah faham….

Saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.

Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi.

Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!

Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!

Artikel ini ditulis oleh: Suzana Ghazali

Penulis adalah seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie

Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan motivasi diri, kerjaya, pendidikan, perkahwinan, keibubapaan, diskusi undang-undang dan guaman syarie pernah menjadi Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro.

Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998.

*Artikel ini sebenarnya ditulis beberapa tahun lepas tetapi ingin kami kongsikan semula untuk tatapan dan renungan buat para pembaca HarianBlogger.Com

Kredit Blog: Suzana Ghazali
View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

10 Pekerjaan Yang Sudah Tidak Lagi Wujud






Tukang Susun Pin Boling





                          





Tukang susun pin boling ini kebiasaannya adalah dari kalangan kanak-kanak yang diupah oleh pusat boling untuk menyusun pin-pin boling pelanggan di situ.



Kalau aku kerja macam ni, aku paling suka kalau orang  main masuk longkang.

HAHAHAHAHA



Jam Loceng Manusia











Mereka ini dibayar untuk memastikan setiap orang bangun tepat pada masanya untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Mereka mengunakan galah, belantan atau batu kerikil (kecil, seolah-olah menyumpit) dan  untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur dengan mengetuk tingkap rumah. 



Sebenarnya, pekerjaan ini masih wujud lagi. Tapi sekarang yang mengalas tugasan ini tak lain tak bukan, ibu-ibu dan juga isteri-isteri (termasuklah mak aku). 



Pemotong Ais 









Sebelum peti sejuk moden diperkenalkan, pemotong ais ini akan mengergaji ais di tasik beku untuk orang ramai gunakan pada bilik simpanan bawah tanah. 



Nampak macam seronok je kerja dia orang ni. Tapi bahaya.



Pendengar Pra-Radar Pesawat Musuh









Sebelum radar dicipta, tentera menggunakan cermin akustik dan alat pendegar seperti ini untuk mengesan bunyi enjin pesawat musuh. 



Boleh guna binatang ni nak dengar jiran belakang rumah mengumpat kita. HAHAHA



Penangkap Tikus











Di Eropah, mereka mengajikan pengakap tikus untuk mengawal populasi tikus. Mereka ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dari jangkitan tikus, tetapi mereka sangat berjasa kepada masyarakat kerana berjaya mengawal jangkitan itu merebak dalam kalangan penduduk tempatan. 



Kiranya, dia orang ini macam polis lah juga ye tak?



Tukang Memasang Lentera









Sebelum lampu elektirk dicipita, mereka ini ditugaskan untuk menghidupkan, menambah minyak tanah dan memadakan api lentera. 



Fuhhh, bayangkan kalau ada 100 tiang lampu untuk satu kawasan perumahan.



Pemandu Balak







Sebelum wujudnya lori balak, balak di pindahkan melalui sungai. Abang-abang ni lah yang akan pandu dan pantau ke mana balak tu akan pergi. 



Awesome!!! 



Pengendali Papan Suis









Pengendali papan suis adalah penting dalam operasi rangkaian telefon sebelum teknologi moden menjadikan mereka ketinggalan zaman. Mereka akan menyambung panggilan jarak jauh dan melakukan perkara-perkara lain yang kini dilakukan secara digital. 



Mesti tension kerja macam ni.



Resurrectionist







Resurrectionist, ditugaskan pada kurun ke-19 untuk mengambil mayat dari tanah perkuburan untuk kegunaan unversiti bagi tujuan pembelajaran. 



Kerja yang seram lagi menyeramkan~



Penghibur Pekerja Kilang









Mereka ini ditugaskan untuk memastikan setiap pekerja akan sentiasa terhibur. Mereka akan membaca cerita, jenaka atau apa-apa sahaja yang boleh menghiburkan hati semua pekerja. 



Kalau sekarang ni orang ni lebih kurang macam DJ radio lah.






View the original article here

Monday, 17 March 2014

3 Gambar Salji Di Mesir, Kiamat Sudah Dekat

1 Salji di Mesir Dec 2013

KIAMAT SUDAH DEKAT, ADA KAU KISAH?

Hari ini ramai yang share di FB, tweeter dan sebagainya kisah Mesir dilanda salji selepas lebih 112 tahun.

Alhamdulillah, ramai juga yang share hadis Abu Hurairah : “Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai.



Iaitu mereka menyampaikan kiamat sudah dekat, sudah banyak tanda-tanda kiamat kecil dan besar sudah berlaku sekarang.

Namun, adakah mereka takut dengan kiamat?



Jika mereka benar-benar takut dengan kedasyatan hari kiamat, mengapa ketika azan berkumandang mereka tidak segera menjawabnya dengan mendatangi masjid dan surau?

Mereka lebih seronok bercerita mengenai kedasyatan kiamat daripada mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kiamat.


Bibir mereka beribu kali berkata takut akan kiamat, tapi perbuatan mereka seperti mengundang dipercepatnya kiamat.

Mereka suka share pasal kiamat sudah dekat tetapi mereka selalu sibuk melakukan maksiat.

Semoga ‘mereka’ bukanlah kita, isteri atau suami kita, anak-anak kita, keluarga kita, dan orang-orang sekitar kita. Amin.

Sumber: isuhangat


View the original article here