Siapa tidak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu di
Malaysia bukan setakat menyanyi beliau juga merupakan salah seorang
daripada ahli perniagaan.
Baru-baru ini, Siti ada berkongsikan ‘screen shot’ perbualannya dengan
seorang staf di syarikatnya. Namun, yang pelik dan kelakarnya pekerjanya
itu menyimpan atau ‘save’ nombor majikannya yakni Siti dengan nama
‘Mimpi Ngeri’.
Aik, pelik tu..
Adakah Siti merupakan seorang bos yang garang dan tegas sehinggakan pekerjanya mengelarkannya sedemikian rupa?
Ataupun mungkin staf tu memang rapat dengan Siti dan dia pun memang
sengaja ‘berjenaka’ dengan bubuh nama ‘Mimpi Ngeri’ jika berurusan
dengan Siti.
Apapun mesti ada sebab staf Siti Nurhaliza gelarkannya sebagai mimpi
ngeri, mungkin ni cara mereka ‘bermanja’ di antara sesama majikan dan
staf kot. Untunglah staf Siti tu dapat bekerja bersama penyanyi
terkenal.