Pages

Showing posts with label Tarik. Show all posts
Showing posts with label Tarik. Show all posts

Saturday, 22 March 2014

Update Terkini - USA Tarik Diri Dari Operasi SAR

type='html'>

Gambar Hiasan


Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu, lapor agensi berita antarabangsa AFP.

Laporan memetik kenyataan pegawai Pentagon itu mengatakan keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas dan adalah lebih baik pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut AS bercadang menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.

Hari ini masuk hari ke-11 operasi mencari dan menyelamat dilakukan untuk pesawat tersebut.

USS Kidd menyertai pencarian MH307 minggu lalu dan mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman atas permintaan kerajaan Malaysia.


"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," kata laporan tersebut.

Malaysia sudah secara rasmi meminta bantuan 14 negara dalam misi mencari dan menyelamat, termasuk maklumat radar dan satelit.

Sehingga kini, 26 negara terlibat dalam operasi tersebut.

Via - MalaysiaInsider

View the original article here