Pages

Showing posts with label Video - Pasar Paling Bahaya Tetapi Unik. Show all posts
Showing posts with label Video - Pasar Paling Bahaya Tetapi Unik. Show all posts

Monday, 9 June 2014

Video - Pasar Paling Bahaya Tetapi Unik

Pasar Maeklong di Thailand kelihatan sama seperti pasaran tradisional lain, menjual buah dan sayur-sayuran. Tetapi, pasar ini adalah yang paling berbahaya di dunia. 

Pasaran Maeklong atau biasa dikenali dengan nama Pasar Kereta Api Maeklong adalah pasar tradisional di Samut Songkhram, Thailand. Pasar ini dikenali sebagai yang paling berbahaya di dunia. Bukan kerana barang yang dijualnya, tapi kerana lokasi yang sangat hampir dengan landasan kereta api.

Jika biasanya pasar di jual di kawasan lapang atau kawasan yang di sediakan, tetapi pasar ini cuma  2 meter lebar kawasan tapaknya. Bukan hanya itu, peniaga di sini juga mendirikan khemah hingga ke tengah landasan kereta api. Lalu, bagaimana jika kereta api datang?

Pasar Maeklong seperti 'membeku' apabila Kereta Api datang. Para pedangang dan pembeli seakan sudah biasa dengan semua itu. Apabila siren berbunyi tanda kereta api akan datang, semua bersiap. Para pembeli akan ke tempat paling selamat yang jauh dari kereta api. Sedangkan peniaga akan melipat khemah mereka.

Uniknya, khemah yang mereka buat memang sengaja direka untuk mudah dilipat. Mereka hanya perlu menarik tiang khemah jauh dari landasan. Sedangkan barang dagangannya tidak perlu di angkat.

Kereta Api akan berjalan perlahan, sekitar 15 km / jam. Bahagian bawah kereta hampir menyentuh barang dagangan di pasar ini. Para penjual sudah biasa meletakan barang jualannya agar tidak terkena kereta api, walau hanya dengan jarak 2 cm dari landasan.



         


sumber