Pages

Showing posts with label amerika Gagal Hijacked MH 70?. Show all posts
Showing posts with label amerika Gagal Hijacked MH 70?. Show all posts

Sunday, 24 August 2014

amerika Gagal Hijacked MH 70?

sumber dari sini

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=799225053453813&set=a.799225020120483.1073741927.100000989768260&type=1

Kesemua penumpang dan anak-anak kapal selamat mendarat di lapangan terbang Narita, Tokyo jam 9.30 malam tadi. Pesawat MH 70 yang bertolak dari KLIA ke Narita, Tokyo jam 10.50 pagi tadi terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah 50 minit berlepas di udara atas faktor-faktor keselamatan. Pada jam 1.15 petang tadi kesemua penumpang dan anak-anak kapal berjaya diterbangkan semula ke Tokyo dengan menaiki pesawat MAS yang sama. Harap Maklum !!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




  Sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan ke Tokyo dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 50 minit berlepas atas faktor keselamatan. Menurut laporan sebuah portal berita dalam talian, MH70 dilaporkan berlepas daripada KLIA ke Lapangan Terbang Narita Tokyo pada pukul 10.50 pagi namun sebaik sahaja pesawat itu tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah disusun semula pada pukul 1.15 petang bersama dengan pesawat yang berbeza. Mengikut laman web MAS, MH70 berlepas daripada KLIA pada pukul 1.22 petang. Ia dijadualkan tiba di Tokyo pada pukul 9.40 malam.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak berhasil. MAS menjadi tumpuan pada tahun ini, selepas dua pesawatnya terlibat dengan tragedi, bermula dengan kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pemisah di sempadan Ukraine pada 17 Julai. MH370 membawa 227 penumpang, 12 anak kapal, berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu dan hilang daripada radar sejam kemudian, ketika berada di laut China Selatan. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. -

sumber

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/23/pesawat-mas-berpatah-balik/

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-mas-ke-tokyo-patah-balik-ke-klia-selepas-50-minit-penerbangan