Pages

Showing posts with label bercinta. Show all posts
Showing posts with label bercinta. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Bercinta dengan budak 16 tahun

Manila: Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.

Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang. 

Menurutnya, dia tidak sempat untuk bercakap dengan remaja itu tetapi hanya dapat memberikan kad namanya. 

Beberapa hari kemudian, remaja terbabit menghantarnya mesej pesanan ringkas (SMS) dan bermula dari situ hubungan pun terjalin antara mereka.

Foto
FOTO menunjukkan kemesraan yang terjalin antara Aguilar dan kekasih remajanya.


Aguilar berkata, walaupun dia sudah berusia 60 tahun, tetapi hubungan mereka mengikut perkembangan gaya hidup moden kerana masing-masing gemar menghantar SMS.


Sepanjang mereka berkawan, penyanyi itu tidak pernah sekali pun bertanya usia kekasihnya itu.

“Bukan cara saya. Malah perbuatan itu juga dianggap biadab kepada wanita untuk bertanya usianya,” katanya.

Aguilar berkata, dia mendapat ketabahan untuk bertanya kepada remaja itu sama ada sudi untuk menjadi kekasihnya menerusi SMS.

Bagaimanapun remaja itu tidak segera menjawab pertanyaan Aguilar, tetapi selepas beberapa hari berikutnya baru dia bersetuju untuk menjadi kekasih hati penyanyi terbabit.

Selepas mendapat jawapan positif daripada remaja itu baru Aguilar bertanya mengenai usia sebenarnya.

Apabila mendapat tahu usia sebenar kekasihnya itu, Aguilar yang terkejut merasakan hubungan mereka mungkin tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap remaja itu, Aguilar memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapa kekasihnya bagi mendapatkan restu mereka. 

Katanya, dia bercadang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dua tahun lagi.

View the original article here

Thursday, 1 May 2014

CINTA : Bercinta Sejak Umur 4 Tahun



NORFOLK - Kisah cinta pasangan warga emas ini amat unik kerana mereka dipakaikan baju pengantin dalam satu karnival pada usia empat tahun dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi titik bermulanya cinta mereka yang hingga kini mencecah usia 70 tahun. 

Menariknya, pasangan warga emas itu, Ron Everest dan Eilen Campbell dilahirkan dalam dewan bersalin yang sama, dipakaikan baju pengantin pada sebuah karnival dan siapa sangka, mereka bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan kekal sebagai pasangan suami isteri sehingga kini. 

Pasangan itu yang kedua-duanya berusia 91 tahun berkata telah dilahirkan di unit yang sama iaitu di Hospital Bersalin Tentera Laut di Gillingham, Kent. 

Bapa mereka bersahabat baik serta sama-sama berjuang dalam Perang Dunia Pertama dan kekal rapat sehingga memakaikan mereka pakaian pengantin semasa Karnival Gillingham pada tahun 1926. 

Pasangan itu kemudian berkahwin pada 7 Jun 1943. 

“Cinta kami disemai mungkin sejak dilahirkan lagi kerana lahir di unit bersalin yang sama," kata Everest. 

Isterinya menambah, masih ingat lagi ketika dipakaikan baju pengantin semasa usia empat tahun dan perkahwinan di antara mereka membuatkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi bertambah erat.

View the original article here

Monday, 14 April 2014

Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?



Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang - Zul Huzaimy pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila secara tiba-tiba menceraikan Nor Dalilah Muhammad, bekas isterinya tiga tahun lepas tanpa memberitahu sebabnya.

Ada spekulasi mengatakan, punca penceraian itu ada kaitan dengan sikap Zul Huzaimy yang tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, spekulasi berkenaan senyap begitu sahaja tanpa pencerahan lanjut. Baru-baru ini portal ohbulan telah menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Di laman Instagram Zul pula, beliau turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita tersebut dengan panggilan sayang.


Menariknya tentang wanita berusia 28 tahun itu yang didakwa berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta, dia dikatakan masih berstatus isteri orang. Benarkah dakwaan ini?

Apapun, kita tunggu sahaja penjelasan dari Zul mengenai status sebenar hubungannya dengan wanita yang dibahasakan beliau dengan panggilan sayang.