Pages

Showing posts with label dijangkiti. Show all posts
Showing posts with label dijangkiti. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Sayu- Kanak-kanak dijangkiti penyakit pelik dipercayai hasil buatan orang (3 Gambar + Video)



Sayu hati melihat keadaan seorang kanak-kanak yang terlantar di Hospital dipercayai akibat perbuatan orang. Adik Farish yang sudah sebulan lebih berada di HUKM mengalami jangkitan teruk pada mulut dan kulit beliau.






Pada mulanya, keadaan itu dikatakan alergik biasa namun semakin lama semakin teruk. Menurut perkongsian gambar di Daily Traffic Report, adik Farish sudahpun menjalani rawatan Islam dan dikatakan bahawa punca penyakit itu adalah daripada sihir.






Sekiranya betul sihir adalah punca sebenar, siapakah manusia yang tidak berhati perut melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas seorang kanak-kanak yang tidak mengenal erti hidup lagi. Walaubagaimanapun, semoga yang maha berkuasa menyembuhkan adik Farish daripada penyakit yang dialaminya. Sama-samalah kita berdoa kesihatan adik Farish. Aminnnn.

Sumber

 

Tuesday, 13 May 2014

Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1

Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1 - Penyanyi veteran negara yang pernah popular pada era 80-an, Datuk Sharifah Aini, 61, disahkan menghidap penyakit virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu sehingga terpaksa ditahan di Hospital di bilik berasingan selama 28 hari.



Menurut Sharifah menerusi akaun facebook miliknya, jangkitan penyakit berbahaya itu berpunca daripada seorang wanita tidak dikenali yang menghidap batuk teruk ketika hadir ke majlis khatam al-Quran anjurannya atas pelawaan salah seorang tetamu jemputan.



Wanita itu baru pulang bercuti dari luar negara dan dikatakan hadir tiga malam berturut-turut ke majlis berkenaan. Setiap kali datang, wanita tersebut akan memeluk dan mencium pipi Sharifah sehingga menyebabkannya berpeluk dan tidak selesa.








View the original article here