type='html'>
PUTRAJAYA - Setelah lapan hari dalam keadaan berteka teki mengenai nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370, hari ini anggota keluarga mampu menghela nafas lega dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung petunjuk-petunjuk terbaru lokasi pesawat berkenaan.
Bapa kepada Khairul Amri, 29 Selamat Omar, 60, berkata beliau serta seisi keluarga menganggap pengumuman itu memberikannya harapan cerah mengenai nasib anak ketiga dari empat beradik itu untuk pulang ke pangkuan keluarga.
"Saya berharap operasi ini akan diteruskan dan seterusnya berjaya mengesan pesawat itu kerana saya tahu operasi ini bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan banyak negara.
"Sekarang kita telah mengetahui maklumat yang sahih mengenai pesawat tersebut dan berharap supaya penumpang juga selamat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sidang media khas oleh Perdana Menteri bersama beberapa anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di lobi Hotel Everly, di sini, hari ini.
Selamat juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerajaan serta kepada negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang sejak Sabtu lepas.
Sementara itu, Muhammad Fikri Zamani, 11, adik bongsu kepada seorang daripada penumpang Penerbangan MH370 itu, Muhammad Razahan, 23, turut meluahkan perasaan yang sama selain begitu merindui abang sulungnya itu yang sering membawanya berjalan-jalan menaiki motorsikal.
"Saya harap abang akan segera ditemui, selain menaiki motosikal kami juga sering menonton wayang bersama dan berharap filem 'Sejoli' yang kami tonton baru-baru ini bukan filem terakhir yang kami lihat bersama," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu. - Bernama
sumber