Kemalangan,
tidak kiralah sama ada melibatkan harta benda, kenderaan, bangunan atau
apa saja, biasa berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Namun,
berikut ialah antara kemalangan yang menelan kos paling tinggi dalam
sejarah dunia moden.
10. Titanic
Kerugian: USD$150 juta
Peristiwa
tenggelamnya kapal Titanic mungkin bolehlah dianggap sebagai salah satu
kemalangan yang paling dikenali di dunia. Namun, ia bukanlah kemalangan
yang paling mahal pernah berlaku. Pada 15 April 1912, kapal persiaran
Titanic telah tenggelam dalam perjalanan sulungnya yang pada masa itu,
Titanic dianggap sebagai kapal persiaran yang paling mewah pernah
dibina. Lebih 1,500 orang telah terbunuh dalam kejadian menyayat hati
apabila kapal tersebut melanggar aisberg dan tenggelam ke dalam air yang
sangat sejuk. Kos untuk membina kapal itu ialah USD$7 juta ketika itu
dan jika dinilai pada harga pasaran hari ini ialah USD$150 juta.
-----------------------------------------------------------------
9. Trak Tangki Minyak Dengan Jambatan
erugian: USD$358 juta
Pada
26 Ogos 2004, sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah trak tangki
minyak yang sedang membawa 32,000 liter minyak di atas jambatan
Wiehltal, Jerman. Trak tangki minyak itu kemudiannya terlanggar
pembahagi jalan dan terjatuh ke bawah menyebabkan berlaku satu letupan
yang sangat kuat dan seterusnya menghasilkan kebakaran yang telah
memusnahkan kemampuan jambatan tersebut untuk menampung sebarang
kenderaan lalu diatasnya. Kos untuk membaiki kerosakan sementara
dianggarkan bernilai USD$40 juta dan kos untuk menggantikan terus
jambatan bernilai USD$318 juta.
-----------------------------------------------------------------
8. Kemalangan Metrolink
Kerugian: USD$500 juta
Pada
12 September 2008, dalam salah satu kemalangan keretapi yang paling
buruk pernah berlaku dalam sejarah California, Amerika Syarikat, seramai
25 orang telah terbunuh apabila sebuah komuter telah berlanggar dengan
keretapi Union Pasific di Los Angeles. Mengikut laporan, didapati
kemungkinan komputer Metrolink telah melanggar signal merah semasa
konduktor kawalan keretapi sedang sibuk ber'sms'. Kos sebanyak USD$500
juta adalah dianggarkan untuk saman yang dilakukan bagi nyawa-nyawa yang
tidak bersalah yang telah terkorban dalam kejadian tersebut.
-----------------------------------------------------------------
7. Pesawat Pengebom B-2 Terhempas
Kerugian: USD$1.4 bilion
Pesawat
pengebom B-2 telah terhempas sejurus sahaja berlepas dari sebuah
kawasan tentera udara di Guam pada 23 Februari 2008. Penyelidik yang
mengkaji kejadian tersebut telah menyalahkan data yang tidak sekata
dalam kawalan komputer penerbangan tersebut yang disebabkan oleh masalah
kelembapan dalam sistem. Ini menyebabkan pesawat itu tiba-tiba sahaja
membuat pergerakan naik ke atas yang membuatkan pesawat ini terhempas.
Pesawat ini adalah salah satu daripada hanya 21 buah pesawat tersebut
yang pernah dibina. Peristiwa ini adalah kemalangan udara paling mahal
dalam sejarah. Walau bagaimanapun, kedua-dua juruterbang pesawat ini
sempat menyelamatkan diri sebelum pesawat ini terhempas.
-----------------------------------------------------------------
6. Exxon Valdez
Kerugian: USD$2.5 bilion
Walaupun
kejadian tumpahan minyak Exxon Valdez bukanlah kejadian tumpahan minyak
yang paling besar pernah berlaku di dunia, namun oleh kerana
kedudukannya yang berada di kawasan yang terpencil iaitu di Prince
William Sound yang hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan helikopter
dan bot, maka sebab itulah kos akibat kejadian tumpahan minyak ini
menjadi sangat tinggi. Pada 24 Mac 1989, kira-kira 10.8 juta gelen
minyak telah tertumpah semasa kapten kapal, Joseph Hazelwood telah
meninggalkan kedudukan tempat kawalan kapal tersebut lalu melanggar batu
karang. Kos pembersihan yang dilakukan oleh Exxon itulah yang telah
menelan kos sehingga USD$2.5 bilion.
-----------------------------------------------------------------
5. Pelantar Minyak Piper Alpha
Kerugian: USD$3.4 bilion
Peristiwa
ini telah menjadi bencana minyak di pelantar yang paling buruk di
dunia. Pada suatu ketika, pelantar ini telah menjadi pengeluar minyak
tunggal paling banyak membekalkan minyak untuk pasaran dunia dengan
kemampuan mengeluarkan sehingga 317,000 tong minyak setiap hari. Namun,
pada 6 Julai 1988, sebagai sebahagian daripada rutin bahagian
penyelenggaraan, para jurutekniknya telah mengeluarkan dan memeriksa
injap-injap keselamatan yang sangat penting untuk menghalang sebarang
kemunculan gas-gas cecair. Terdapat lebih 100 injap keselamatan yang
sama telah diperiksa. Namun, juruteknik telah membuat kesilapan dan
terlupa untuk menggantikan salah satu daripadanya. Pada pukul 10 malam
hari yang sama, seorang juruteknik telah menekan butang 'start' untuk
pam cecair dan serta merta berlakulah kemalangan yang paling buruk dalam
sejarah pelantar minyak di dunia. Dalam tempoh 2 jam sahaja, pelantar
sepanjang 300 kaki itu dipenuhi api sebelum runtuh dan membunuh 167
orang pekerja di pelantar tersebut.
-----------------------------------------------------------------
4. Letupan Challenger
Kerugian: USD$5.5 bilion
Kapal
angkasa Challenger telah musnah hanya dalam tempoh 73 saat sahaja
selepas berlepas dalam peritiwa yang berlaku pada 28 Januari 1986
disebabkan kerosakan pada O-ring. Sistem telah gagal untuk mengunci
salah satu daripada sambungan di kapal angkasa tersebut menyebabkan gas
yang tertekan telah berjaya sampai ke bahagian luar. Ini menyebabkan
tangki hidrogen cecair yang terletak dibahagian luar meletup dan
mencetuskan letupan yang sangat besar. Kos untuk menggantikan kapal
angkasa ini ialah sebanyak USD$2 bilion pada tahun 1986, kira-kira 4.5
bilion pada hari ini. Namun, kos-kos lain seperti penyiasatan,
penyelenggaraan dan penggantian peralatan yang hilang menjadikan kos
keseluruhan kemalangan kepada hampir 450 juta, kira-kira 1 bilion pada
nilai hari ini menjadikan kos keseluruhan lebih kurang USD$5.5 bilon.
-----------------------------------------------------------------
3. Tumpahan Minyak Prestige
Kerugian: USD$12 bilion
Pada
12 November 2002, kapal tangki Prestige sedang membawa sebanyak 77,000
tan minyak semasa salah satu daripada tangkinya pecah semasa satu
kejadian ribut di Galica, Sepanyol. Kerana takut kapal itu akan
tenggelam, kapten kapal telah meminta bantuan daripada pihak penyelamat
dari Sepanyol dan menjangkakan mereka akan membawa kapal tersebut untuk
berlabuh. Namun, akibat tekanan daripada pihak berkuasa tempatan telah
memaksa kapten untuk membawa kapal itu jauh dari pantai Sepanyol. Kapten
itu kemudiannya cuba pula mendapatkan bantuan daripada kerajaan
Perancis dan Portugis namun mereka juga mengarahkan supaya kapal
tersebut bergerak jauh daripada perairan negara mereka. Akhirnya ribut
telah menguasai kawasan tersebut menyebabkan kapal itu terputus dua dan
telah membebaskan kira-kira 20 juta gelen minyak ke dalam laut. Mengikut
laporan yang dikeluarkan oleh Pontevedra Economist Board, kos
membersihkan tumpahan minyak ialah USD$12 bilion.
-----------------------------------------------------------------
2. Kapal Angkasa Columbia
Kerugian: USD$13 bilion
Kapal
angkasa Columbia ialah kapal angkasa pertama NASA yang mengorbit
angkasa. Ia telah musnah semasa sedang masuk ke ruang udara Texas pada 1
Februari 2003 selepas satu lubang terbentuk di salah satu sayapnya
semasa pelancaran 16 hari sebelumnya. Kos asal untuk kapal angkasa ini
ialah 2 bilion pada tahun 1978 iaitu kira-kira 6.3 bilion pada hari ini.
500 juta lagi dihabiskan untuk kos penyiasatan menjadikannya kemalangan
udara yang paling mahal dalam sejarah dunia. Pencarian untuk
bahan-bahannya yang berselerak sahaja memakan kos sebanyak 300 juta
dolar. Keseluruhan kos, tidak termasuk penggantian kapal angkasa ialah
USD$13 bilion mengikut laporan American Institute of Aeronautics and
Astronautic.
-----------------------------------------------------------------
1. Chernobyl
Kerugian: USD$200 bilion
Pada
26 April 1986, dunia telah menyaksikan kemalangan yang paling buruk dan
paling mahal dalam sejarah dunia. Peristiwa di Chernobyl telah digelar
sebagai bencana sosio-ekonomik yang paling besar dalam sejarah manusia.
50 peratus daripada kawasan di Ukraine telah dicemari dan lebih 200,000
orang telah dipindah dan ditempatkan di lokasi lain manakala kira-kira
1.7 juta orang lagi telah terdedah secara langsung dengan kesan kejadian
ini. Jumlah kematian yang diakibatkan oleh peristiwa Chernobyl termasuk
yang mati akibat kanser kemudiannya dianggarkan berjumlah 125,000
orang. Manakala kos keseluruhan termasuk kerja-kerja membersih,
penempatan semula penduduk dan pampasan kepada mangsa yang terlibat
dianggarkan bernilai hampir 200 bilion. Kos untuk perlindungan keluli
baru Chernobyl pula bernilai 2 bilion. Kejadian ini secara rasminya
dikatakan akibat kesilapan para operator dipusat tenaga nuklear itu yang
telah melanggar prosedur dan tidak mengambil endah peraturan
keselamatan yang ditetapkan.\