Mula-mula kita
melihat Air Asia ini sebagai suatu KEBANGGAAN kepada rakyat khususnya
negara di atas "kejayaan' demi "kejayaan" yang dicapai oleh syarikat
penerbangan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia ini.
Namun saban hari
kini kita "disajikan" di media dengan pelbagai "karenah" dan tindakan
Air Asia yang memalukan dan keterlaluan. Dan lebih menyedihkan cuba
"mengarahkan" kerajaan untuk tunduk kepada tuntutan mereka berkenaan
operasi di KLIA2.
Februari lalu,
seorang pramugari bagi penerbangan Air Asia, Malissa Mansor telah
membuat kenyataan tebuka di laman Facebook mengenai punca sebenar
mengapa penerbangan Air Asia dan MAS sering tergendala.
Pendedahan itu
dibuat kerana pihak penerbangan sering dikecam dan dikritik orang ramai
hanya kerana masalah penangguhan penerbangan yang sering berlaku di
KLIA.
sumber