Pages

Showing posts with label memualkan. Show all posts
Showing posts with label memualkan. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

MENJIJIKAN!! 5 Gambar Restoran Paling Jijik Di Johor Bahru

Barangkali pemilik restoran di bandar Johor Bahru ini merasakan dirinya tersangat kreatif dengan idea menggunakan peralatan tandas sebagai ‘tapak’ untuk menghidang makanan termasuklah kerusi & meja yang telah diubahsuai.

Di sebalik keunikan yang cuba diperkenalkan kepada pelanggan itu, timbul rasa jijik dan geli di kalangan orang ramai yang lalu lalang di restoran berkenaan.

Ada yang menyifatkan penggunaan peralatan tandas itu sebagai tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormat makanan. Akibatnya, keunikan itu menjadi buah mulut pelanggan terutama pelancong asing. Secara tidak langsung ia seperti mengambarkan masyarakat Malaysia menerima dan mengamalkan budaya pelik dan kotor sehingga mangkuk tandas diubahsuai dijadikan sebagai tapak untuk makan dan minum.



  

Menurut seorang ahli perniagaan hartanah JB, Alex Yang, pemilik restoran itu dimiliki oleh warga Singapura yang pada asalnya ingin membuka restoran berkenaan di Singapura tetapi permohonannya itu ditolak. Lalu dia mengambil keputusan untuk membuka dan mengembangkan idea jijiknya itu di Malaysia.

“Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan restorannya itu beroperasi di Johor Bahru.

“Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau satu penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan berniaga di bumi kita?” katanya.

Tambah Alex lagi, PBT Johor Bahru sepatutnya menolak permohonan lelaki berkenaan kerana keunikan seperti ini tidak mencerminkan imej Malaysia dan ianya boleh menjejaskan persepsi pelancong terhadap negara ini.

“Bayangkan kalau negara pemilik restoran itu sendiri tidak membenarkan perniagaan seperti itu, kenapa kita di Malaysia boleh semudah itu meluluskan permohonannya. Apa sudah jadi?” soalnya.

sumber