Pages

Showing posts with label parah. Show all posts
Showing posts with label parah. Show all posts

Wednesday, 9 July 2014

WARGA NIGERIA PARAH TIANG LAMPU TERTUSUK PERUT DI LEKAS

Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.

Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.

“Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut.




Sumber




View the original article here

Saturday, 17 May 2014

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang - Pelakon comel, Nad Zainal yang baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Azwan Kombos mengalami kecederaan teruk di bahagian wajahnya selepas dipukul orang.

Punca individu terbabit memukul Nad Zainal tidak pula diketahui namun mungkin itulah sebahagian daripada babak yang perlu dilakonkan oleh beliau bagi menjayakan satu drama bersiri.

Agaknya apa tajuk drama bersiri terbaru lakonan aktres jelita ini? Sebenarnya, penulis suka tengok Nad berlakon sebab memang amat berbakat dan tidak kaku macam beberapa pelakon wanita baru yang lain.






View the original article here