Pages

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Saturday, 26 July 2014

Perbuatan ‘troll’ Dikategorikan Sakit Jiwa – Pakar Motivasi

dr.fadzilah

KUALA LUMPUR - Mereka yang suka melakukan ‘troll’ atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan ‘sakit jiwa’.

Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang ‘sakit dari segi rohani’.

“Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka,” katanya.

Beliau berkata ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan orang lain.

Yang ketiga katanya mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran.


“Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta melakukan perbuatan yang sama.

“Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat serta sangat berbahaya,” katanya.

Menurut Mohd Fadzilah, pelaku ‘troll’ sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri.

Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat peribadi pelaku ‘troll’ dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, katanya.

“Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial, dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih dibincangkan,” katanya, lapor Bernama.

View the original article here

Thursday, 26 June 2014

Awek Cun Ini Meminta Kekasihnya Memadam Gambarnya, Tapi Sakit Pula Yang Dia Dapat!

Pernah tak dalam kehidupan kita ni bila lain yang kita mintak lain pula yang kita dapat? Tipu la tak pernah kan. Paling kurang konfem ada sekali punya jadi macam tu punya. Tak ayah kita buat macam tu takpun abang/kakak kita dan yang setakat admin tahu la kan, member la selalu buat gitu. Pengalaman 'hitam' sebegini rupa telahpun terjadi kepada seorang aweks cun gila-gila ni. Kesian dia. . . . Lain yang dimintak sakit pula yang dia dapat. Jom saksikan apa yang jadi sebenarnya. . . .







|

|

|

|

|

V





|

|

|

|

|

|

|

V





|

|

|

|

|

|

|

|

V





|

|

|

|

|

|

|

|

V





|

|

|

|

V







Tengok la ni. . .lain yang dimintak sakit pulak yang awek tu dapat. . .sakit apa? Sakit ati bro!! Gila, maunya tak sakit ati dapat pakwe gini. . .gua tengok pun sakit ati. . .mau kasi tapak muka dia. . .hahahaha. . .jangan mara ar. . .peace yo =]






View the original article here

Wednesday, 7 May 2014

PERHATIAN!! Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala

 


Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.
kredit: Pengalaman Seorang Blogger

Salam Ukhuwah..~