Pages

Showing posts with label suruh. Show all posts
Showing posts with label suruh. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Isu pilih bikini, peminat suruh Maria Farida solat Istikarah


PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai.

Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan.

"Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?

"Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya kepada mStar Online.

Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Bagaimanapun kata Maria, disebalik dia dihentam teruk kerana gambar berkenaan, dia juga bersyukur apabila masih ramai yang memberikan kata-kata teguran membina dan positif kepadanya.

"Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.

"Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya.

Sementara itu, Maria berkata, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian berkenaan untuk dipertontonkan kepada peminat di Instagram.

Kata Mariah, sebagai seorang wanita dia masih tahu menjaga batasan berpakaian tambahan pula usianya kini sudah mencecah 40-an.

Dalam perkembangan lain, Maria berkata, sepanjang bulan Ramadan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin menggunakan kesempatan ini untuk melakukan solat Terawih.

"Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri juga dibuat secara sederhana sahaja," katanya.

mStar

View the original article here