Benar, sebelum
ini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memaafkan
pemilik akaun, Syed Saifullah kerana menyebarkan gambar dan berita,
kononnya pesawat dinaiki bersama Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak
terhempas.
Klik di sini.
Klik di sini.
Barangkali sebilangan pembaca bakal bertanya, mengapakah suspek diberkas sedangkan Rosmah telah memaafkan lelaki itu? Jawabannya, kerana laporan polis telah dibuat oleh pengadu.
Berikut maklumat disalurkan oleh sumber berkredibiliti.
Pada kira-kira
jam 12.10 malam tadi, pasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat
Polis Daerah, IPD Sentul, IPD Perak Tengah dan Jenayah Berat, D9, Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Perak memberkas suspek di rumahnya di Bandar
Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan laporan dibuat di IPD Sentul.
Dilaporkan,
wanita membuka pintu rumah, memaklumkan suspek, anaknya, tatkala itu
keluar makan bersama suami. Mengikut arahan polis, wanita itu kemudian
menelefon anaknya. Dalam tempoh kira-kira 20 minit, suspek tiba bersama 2
lelaki. Pengadu, pegawai kanan polis memperkenalkan diri dan
menunjukkan kad kuasa polis serta bertanya ...
"Siapakah Syed Saifullah?"
Suspek, berbangsa Melayu, berstatus bujang, mengaku namanya.
Pasukan polis
merampas telefon bimbit, komputer dan pelbagai peralatan lain untuk
tujuan siasatan. Suspek, masih bujang, berusia 25 tahun ditangkap
mengikut Seksyen 233 CMA (Jenayah Siber) dan 505(b) Kanun Keseksaan,
kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam.
Kini, suspek dilaporkan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan direman hari ini.
Sebelum ini
ramai pengendali blog mendedahkan kes dianggap amat biadab itu dan
memohon pihak polis berindak. Biarpun menyedari statusnya itu dikecam
oleh pelbagai pihak, suspek didapati masih terus mengemaskini status di
facebook.
Barangkali dia sama sekali tidak menduga, pintu rumahnya bakal diketuk dek pihak berkuasa.
Tahniah Pasukan Polis Diraja Malaysia!
Sebelum ini,
Syed mencatatkan dia ahli Red Bean Army, RBA. Mungkin kita berpeluang
memperolehi fakta sebenar. Lazimnya, RBA menyembunyikan identiti tetapi
dia kelihatan terlalu berani tampil, menggunakan butiran diri asli.
Barangklai RBA kamikaze.
Baca laporan terperincidi blog Cucu Tok Selampit, klik di sini.