Pages

Showing posts with label tuntut. Show all posts
Showing posts with label tuntut. Show all posts

Friday, 30 May 2014

OGHANG GHOMBAU BERSUARA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter  dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.






View the original article here

Thursday, 10 April 2014

Bekas perempuan simpanan MB tuntut RM3 juta

Skandal-MBBekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.
Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.
Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.
Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.
Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.
Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.
FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. – Free Malaysia Today