Pages

Monday, 7 July 2014

Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang'

Dua ekor panda gergasi yang diterima Malaysia daripada China diberikan nama baharu sebagai 'Xing Xing' dan 'Liang Liang'. 




"Panda-panda ini sekarang mempunyai dua nama, satu yang diberikan oleh China dan satu lagi diberikan oleh Malaysia," katanya. 





Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan satu pertandingan untuk mencadangkan nama baharu buat kedua-dua panda berkenaan dan menerima kira-kira 2,000 cadangan. 










Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di sini mengumumkan nama panda jantan yang sebelum ini adalah Fu Wa telah ditukarkan kepada Xing Xing dan panda betina iaitu Fen Yi, diberikan nama Liang Liang, yang masing-masing bermaksud 'kemakmuran' dan 'cantik'. 





Pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu sebagai simbolik jalinan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China. 










Malaysia akan menjadi tempat tinggal buat Xing Xing dan Liang Liang untuk selama 10 tahun. 





Tag : Nama Baru Panda Malaysia 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang', Nama Panda Malaysia

View the original article here

Pemuda Langgar Kucing Sampai Mati






Gara-gara bampar depan kereta pecah, seorang pemandu Proton Persona sanggup melanggar seekor kucing sampai mati untuk kali keduanya.





Sebelum itu dia berpatah balik untuk melihat keadaan kucing tersebut atas dasar kasihan dan mendapati kucing itu patah di bahagian pinggang. Namun rasa kasihan itu hanya seketika bilamana dia mendapat bampar depan keretanya pecah.





Berang dengan kerosakan itu, dia bertindak melanggar kucing itu buat kali keduanya sehingga mati.










"Malam tadi langgar kucing, patah balik tengok sebab kesian. Tengok hidup lagi. Macam patah pinggang kucing tu. Jap lagi, tengok bumper kereta pecah. PERH! Berasap kepala!





Start engine kereta dengan hati yang panas, langgar balik bagi mampos!! Kejam tak? Tetapi sebab kucing tu yang lintas melulu la bumper aku pecah. Sial la, tak pasal² tukar bumper baru. Nasib baik ada stok bumper. Kalau tak, mau pakai bumper rompong aku dalam minggu ni. Herrmm. 





2 minggu lagi masok cat plak. Janji sebelum raya siap!. Kopak pun kopak la. Janji sayang aku menawan semula. Kembali segak macam ownernya."





Ekoran itu, segala data peribadi mengenai pemuda terbabit didedahkan seperti di bawah:
















Namun, Facebook Riey Khazhiema hari ini menafikan perkara tersebut dan telah membuat laporan polis pada subuh tadi. Riey mendakwa Facebooknya telah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dan kini dia memberikan akses 'public' untuk orang ramai bagi membaca kenyataan penafiannya itu. Bagaimanapun kenyataan awalnya mengenai insiden langgar kucing itu telahpun dipadamkan.













Malangnya, para pencinta kucing masih lagi menyerang Facebooknya





Via-MMH

View the original article here

Sunday, 6 July 2014

MURID SEKOLAH RENDAH SEMBANG LUCAH DENGAN GURU



Baru-baru ini satu 'screenshot' menunjukkan perbualan melalui mesej Facebook diantara seorang anak murid dan gurunya tersebar di laman sosial Facebook.Salinan tersebut yang disebar tapi tidak di beritahu siapa guru tersebut telah di muatnaik oleh beberapa pengguna.

Melalui perbualan tersebut,jelas sekali menunjukkan seorang murid berkemungkinan masih berada di sekolah rendah telah berbual dengan gurunya dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap gurunya.

Salah siapakah jika hal ini terjadi? Kanak-kanak sudah tidak segan silu sembang lucah dengan guru,mungkin selepas ini ada pula kes guru diajak melakukan hubungan seks pula? Diharap perkara seperti ini di ambil perhatian serius.Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini.

Dulu kalau kita mengeluarkan perkataan 'Bodoh' saja dah boleh makan pelempang orang sekeliling.Namun sekarang,marah budak tersebut boleh ditahan Polis. -_-



View the original article here


View the original article here

Susulan Video Wanita Dipukul Kerana Mencuri Kereta Mewah






Menurut maklumat yang admin perolehi, wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah. Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kali





Selain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.





Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya.





via-sk

View the original article here