Pages

Monday, 7 July 2014

Gambar Penjawat Awam Meninggal Di Bazaar Putrajaya


 













Macam-macam kes kematian sekarang, terbaru semasa di Bazaar Ramadhan suatu kejadian yang tidak diigini telah berlaku ke atas penjawat awam. Ikuti laporannya dibawah :



Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.

Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.

Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.





P/s : Kepada semua yang diluar sana diharap berhati-hati semasa hendak membeli juadah berbuka.





Via-MMH

View the original article here

Gigit Chiellini Suarez Dakwa Terjatuh

Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan.









Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.





Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.












Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”










Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.





Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.





Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.





Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.





Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu. 

View the original article here

Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Tahun Depan


PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

“Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga,” kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

“Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam,” katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.

Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.

“Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka,” katanya. – mStar Online

Sumber


View the original article here


View the original article here

Hati-Hati Bila Awek Cun Ini Ajak Kawan Di FB Atau Skype!



Sebelum ini terdapat kes di mana penyampai stesen TV Al-Hijrah, Amin Idris menjadi mangsa ugutan pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

Seseorang dari Filipina yang dikenali Amin di Facebook untuk tujuan kerja mengajaknya berbual di
Skype sebelum memperdayakannya untuk mendapat gambar.

Gambar itu kemudiannya digunakan untuk membuat tiga video palsu yang mengaibkan.

Menggunakan modus operandi lebih kurang sama, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan akaun Facebook dan Skype seseorang menggunakan nama dan gambar gadis seksi Eya Pineda.

10403230_10152237774934998_6543474319824311787_n

Gadis dari Filipina ini dikatakan akan berbual dengan mangsa yang dipilihnya menggunakan Skype sebelum menggunakan gambar yang diperoleh untuk diedit dan digunakan untuk mengugut.

Jika tidak mengikut arahannya, gambar aib yang diedit akan disebarkan kepada kawan-kawan mangsa di Facebook.

Kami percaya banyak lagi kes penipuan begini tetapi menggunakan nama dan profil gambar berbeza.

carissalim-cybersextortion

Justeru, jangan terlalu ghairah bila ada awek cun terutama dari Filipina berminat hendak berkawan dengan anda secara tiba-tiba. Berhati-hatilah sebelum yakin dia benar-benar ikhlas. - MYNEWSHUB.MY

Sumber: Facebook Friends of BN – Barisan Nasional


View the original article here


View the original article here