Pages

Saturday, 12 July 2014

Inilah Punca Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding

Inilah Punca Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding | Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawanya oleh ‘benda’ yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic). Tapi bukan itu yang berlaku sebenarnya. Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.
p.txt
Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.
Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
3
Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita kematian tersebut.
Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.
Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.
“Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.
“Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.
“Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.
“Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus dedah punca wanita hilang dara

Pendakwah bebas terkenal di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus memang terkenal dengan perwatakan ceria, mencuit hati dan cara penyampaian ceramah yang bersahaja.

Beberapa tahun lalu, nama Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi satu fenomena hebat di serata masjid yang dihadirinya sehingga beliau pernah digelar sebagai pendakwah golongan muda paling diminati malah turut membuatkan ramai golongan remaja ingin mendekatinya.


Lebih menarik, Ustaz Azhar Idrus juga aktif menjawab pertanyaan orang ramai di laman facebook peribadinya dengan bentuk jawapan yang ringkas namun tepat.

Pada suatu ketika, beliau pernah ditanya tentang kaum wanita yang hilang dara semestinya telah berzina. Bagaimanapun, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa berzina bukan satu-satunya punca utama wanita hilang dara kerana ada punca lain yang perlu diketahui.

 
 

Wajah sebenar Raja Ema tanpa mekap tersebar

Sejak kembali aktif dalam dunia lakonan, Raja Ema dilihat lebih banyak berdepan kontroversi berbanding pujian daripada peminat kerana bakatnya.

Kontroversi itu bermula dengan gosip yang mengatakan beliau melakukan rawatan menegangkan kulit muka agar kelihatan tidak berkedut dan nampak muda, seterusnya ia disusuli pula dengan penyebaran beberapa keping gambar seksinya yang serba ketat.


Kini, nama Raja Ema tidak lagi begitu hangat diperkatakan namun persepsi orang ramai terhadapnya sudah berubah. Mungkin ada peminat yang teringin melihat wajah sebenarnya tanpa mengenakan sebarang mekap dan berpakaian tidak seksi.

Di laman Instagram Emma Maembong, beliau telah berkongsi sekeping gambarnya bersama Raja Ema. Dalam gambar tersebut, aktres veteran berusia 47 tahun itu tidak mengenakan sebarang mekap di muka, hanya gincu di bahagian mulut namun tetap kelihatan jelita.

Video : Teknik Unik dan Pantas Melembutkan Daging Beku dalam 5 Minit

Daging beku sememangnya mengambil masa untuk lembut. Teknik melembutkan daging dengan cepat ini yang bakal dikongsi akan menjadi amat berguna di bulan puasa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya tapi masih ingin keluarga menjamah masakan di rumah. 
Petua ini dikongsi oleh sebuah stesen TV di Taiwan. Caranya cukup mudah dan anda hanya perlu dua periuk jenis steel (besi). Tekniknya seperti berikut.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.


3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)


4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.


5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)


sumber

Berikut adalah video bagaimana untuk menggunakan teknik berikut :