Pages

Saturday, 2 August 2014

Gambar Fazura selamba pakai skirt paras peha di Hari Raya kelima

Sememangnya sudah menjadi kemestian bagi kalangan artis untuk berkongsi gambar-gambar peribadi mereka di laman Instagram sebagai tatapan peminat. Kalau pada bulan ramadhan ramai artis memuatnaik gambar bersolat, pergi ke masjid dan sebagai, di hari raya pula, keadaan sudah berubah.

Beberapa selebriti terkenal sudah mula kembali ke cara penampilan mereka yang sediakala seperti Fazura. Memang nampak cantik dan cun menggoda namun kurang disenangi sebahagian peminat kerana pemakaian sedemikian dikatakan kurang sesuai ditonjolkan di Hari Raya. Benarkah?



Penampilan terkini Sari Yanti selepas fail penceraian amat mengejutkan

Umum mengetahui pelakon popular, Sari Yanti pernah menfailkan penceraian terhadap suami, Mohd Eddy Casmady pada 25 Februari lalu di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban namun sehingga kini kes tersebut tertangguh dan terbatal.

Sejak itu, cerita tentang rumahtangga mereka tidak lagi kedengaran dan senyap begitu sahaja. Ini memberi gambaran bahawa hubungan Sari Yanti dan Mohd Eddy Casmady sudah pulih seperti sediakala. Berikut ialah penampilan terkini Sari Yanti di Hari Raya kelima.


4 Gambar terkini Mawar Abdul Karim yang merah menyala di Hari Raya

Penampilan Mawar Abdul Karim, isteri pelakon Fizo Omar sememangnya sering menjadi perhatian peminat di luar sana sejak terpalit dalam beberapa siri kontroversi sebelum ini.

Kebanyakkan perkara yang menyebabkan timbulnya siri kontroversi itu ialah rekaan tudung fareeda yang kononnya tidak menepati syariat Islam. Betul ke?

Sempena sambutan Hari Raya 2014 yang bermula hari ini, pasangan Fizo dan Mawar sempat memuatnaik beberapa keping gambar paling romantik mereka di laman Instagram sebagai tatapan peminat. Pakaian yang digayakan Mawar memang amat cantik, merah menyala dan sangat memukau orang ramai.





KJ Mahu Lelaki Biadap Hina Takbir Raya Dikenakan Tindakan Seperti Kiki

Khairy Jamaluddin hari ini telah memuat naik satu tweet di laman twitternya yang mahukan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang bersikap biadap dengan memuat naik satu status memaki umat islam yang mengalunkan takbir raya di laman facebooknya. 
Status lelaki berkenaan, Mr. Kelvin Yip yang berbunyi "eh hello bastards, i know its hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 a.m in the morning...fucking annoying shit..."

Terjemahan kepada status berkenaan " eh hello anak haram, aku tahu hari ni hari raya tapi tolong perlahankan doa korang kepada tuhan di pembesar suara pada pukul 6.45 pagi..fucking annoying shit".

Walaupun kelihatan Kelvin Yip telah meminta maaf di laman facebooknya, tetapi KJ berkata, " Kiki minta maaf tapi kena charge (and rightly so). Yang ini pun kena charge. Kasi ajar sikit. Once and for all. " yang jelas mahukan lelaki ini di kenakan tindakan mahkamah. -

sumber