Pages

Tuesday, 5 August 2014

Bayi Usia 1 Bulan Dirogol & Dipukul Hampir Mati !

Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.



Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.


Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”


Seorang wanita menambah: 

“Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”

Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.Mereka disifatkan sebagai peramah.Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.  

Inilah Mahasiswa Tercantik Dan Paling Comel Di China

Zhang Zetian, mahasiswi berparas cantik dan cute mendadak menjadi selebriti di internet selepas memuat naik fotonya sedang memegang gelas ais di rangkaian sosial Weibo. Ia digelar sebagai "Milk Tea Girl" kerana fotonya yang diambil ketika ia masih berstatus sebagai pelajar Sekolah di Nanjing.

Zhang Zetian, Milk Tea Girl
inilah foto yang membuat Zhang terkenal ke seantero dunia "Milk Tea Girl"

Tak dapat dielakkan hal ini membuat Zhang yang kini duduk di Tsinghua University dinobatkan sebagai mahasiswi tercantik dan tercomel sedunia oleh para pengguna Weibo.


Walau sudah menjadi terkenal, Zhang tetap bersikap rendah hati dan mengatakan bahawa ia tetap akan memberi tumpuan memikirkan pendidikannya walau banyak syarikat yang ingin menjadikannya bintang iklan di samping, tentu saja, banyak lelaki yang berbaris ingin menjadi kekasihnya


Zhang Zetian
Kecantikannya sungguh alami

China merupakan negara berpenduduk terbanyak di dunia, dan Zhang amat bertuah disana dan seluruh dunia mengenalinya. Kalau di sini, sudah pasti dia bakal menjadi selebriti terkenal.

(China.org, Weibo)
View the original article here

Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi



KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera ter sembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.
Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.

"Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim. 

"Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.

"Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera".

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.

Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian. 

"Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay. 

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim. 

Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya.

Artis: Gambar Selfie Fazura Dalam Tandas Tersebar

Gambar Fazura Dalam Tandas Jadi Perhatian Peminat. Rotikaya sekali lagi menggunakan populariti laman facebooknya dengan memuatkan foto-foto artis secara spontan untuk peminat-peminat mereka.

Terbaru pengendali laman tersebut telah memuatnaik sekeping foto Fazura yang berada di dalam bilik air dan sedang berselfie.



Ada beberapa peminat hampir tidak mengenali pelakon itu kerana beliau tidak mengenakan sebarang solekan di wajahnya. Namun begitu, wajah Fazura masih kelihatan cantik dan bersih.