Pages

Sunday, 10 August 2014

Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak (8 Foto)

Melayukini.net – Cacing 3kg Dalam Perut Kanak-Kanak | Satu kejadian pelik telah berlaku dan boleh dikatakan heboh satu Indonesia. Seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital. Doktor mengesyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang, setelah di timbang hampir 3 kg cacing di dalam perut kanak tersebut Jom tengok gambar di bawah ini.
Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.
Melayukini.net - Untuk makluan. telur tersebut akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga kita ketika bermain di pasir.


AKHIRNYA !!! Tewas Digoda



Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. 

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. 

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. 

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita

AMARAN!! Bahaya Yang Dihadapi Jika Menghadap Laptop Lebih Dari 5 Jam..


Kepada kaki gamers yang tegar, anda semua mesti menghadap laptop ataupun komputer lebih daripada 5 jam, kalau budak budak sekolah yang kaki gamers, mesti sanggup bayar sampai 12 jam terus menerus, tetapi ada risikonya. Jom baca apakah yang menyebabkan Bahaya Menghadap Laptop Lebih Dari 5 Jam sehari?

Bahaya Menghadap Laptop Lebih Dari 5 Jam
Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.

Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.
Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125% lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”
Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90% lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.

Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,
“Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.
Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.

Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati

SEREMBAN - Seorang pekerja lelaki Kompleks sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mayat Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui oleh orang awam. Mayat ditemui hanya memakai seluar dan tidak berbaju.

Pemeriksaan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebam di bahagian mata dan hidung berdarah. Dompet mangsa juga tidak ditemui. Namun sebuah motosikal Yamaha 125Z dipercayai milik mangsa ditemui 40 meter dari lokasi kejadian.

Sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mayat mangsa berserta beberapa kesan darah. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan selanjutnya.

Polis bagaimanapun telah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun & 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek bersama 3 lagi rakan subahat yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul sehingga mati.













Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.