Nampaknya kisah penceraian pasangan selebriti di Malaysia tidak pernah
habis-habis diperkatakan selepas ada sahaja yang mengambil keputusan
bercerai atas alasan masing-masing.
Pasangan terbaru yang kini sah bercerai talak satu semalam ialah Riezman
Khuzaimi dan Kartina Ayoob. Lafaz cerai itu telah dibuat oleh Riezman
di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Rumah tangga pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob akhirnya
menemui titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu di
Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.
Dalam keadaan sebak, Riezman telah melafazkan talak di hadapan Hakim
Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan
cerai difailkannya.
Riezman memberitahu mahkamah, keputusan itu dibuat kerana
sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.
Dalam pada itu, pasangan ini dilihat bersalaman dan bermaafan buat kali
terakhir sebagai pasangan suami isteri sebelum melafazkan cerai.
Untuk rekod, Riezman dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 selepas lima tahun bercinta -
Mediahiburan.