Pages

Friday, 16 January 2015

Dituduh Guna Bomoh, Akhirnya Rozana Misbun Tampil Buat Penjelasan Sebenar !

SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu menyifatkan tuduhan tanpa bukti itu memakan diri penyanyi itu sendiri.
Memetik mStar Online, Rozana menganggap cara suaminya itu sebagai tindakan yang terdesak dan cuba mengaibkan dirinya.
 “Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?” soalnya.
Sebelum ini, Awie menerusi peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, dia menemui beberapa barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha di kediaman mereka di Ukay Bestari.
“Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.
“Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah,” ujarnya lagi.
Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada Awie pada Julai 2014 ke atas ketiga-tiga orang cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun selain diperintahkan untuk membayar kos RM5,000. – MYNEWSHUB.CC
 
 
 

Komen Abby Abadi Tentang Isu Kpop Peluk Dan Cium Gadis Bertudung Yang Amat Mengejutkan !

Ya dalam banyak-banyak komen tentang isu Kpop yang sedang panas sekarang ini, bagi kami komentar daripada Abby Abadi ini adalah yang terbaik setakat ini. Walaupun sebelum ini kami juga sering mengkritik Abby apabila memberikan komen yang agak melalut, namun kali ini ulasan yang diberikan memang padu, tepat, mantap dan power!!! Ternyata pengalaman Abby Abadi di dalam industri hiburan sebelum ini membolehkan Abby memberi pendapat yang amat brilliant ini.
abby
Di kala kebanyakan pihak menyalahkan gadis-gadis bertudung itu kerana membiarkan diri mereka dipeluk oleh artis Kpop, Abby Abadi melihat perkara ini daripada sudut yang lebih besar lagi. Tulis Abby menerusi Instagramnya:-
abby
Malah Abby juga turut mempersoalkan kredibility pihak-pihak berkuasa yang nampak bersungguh-sungguh mahu menyiasat hal ini sedangkan banyak lagi perkara depan mata yang dibuat tidak tahu. Antara tulisan Abby:-
Kenapa nampak yang ni je? Paper, majalah hiburan di Malaysia ni. Saban hari, tiap minggu, tiap-tiap bulan terang-terang covernya gambar bermaksiat. Tak pernah dengar pun nk ambil apa-apa tindakan.
Tak cukup popular ke artis kt Malaysia ni? Dalam drama, filem, teater bukan main terang lagi kemaksiatan mereka.. Kenapa di diamkan je? Kenapa tiada Alim Ulama yg ada dalam Barisan Pimpinan Negara bersuara?
Seriuss.. Sangat tak boleh diterima akal kalau insiden antara K-pop & peminat fanatik mereka tu diambil tindakan tapi artis dalam dunia hiburan terus dibiarkan…#SelamatkanMalaysia #SelamatkanSahabatSahabatSaya #ALLAHUAKBAR
abby

Thursday, 15 January 2015

Inilah Luahan Gadis Melayu Bertudung Dipeluk Dan Dicium Artis K-pop Yang Amat Mengejutkan !


Susulan peristiwa yang memalukan mengenai gadis melayu yang dipeluk dan memeleuk artis Kpop perlbagai tomahan dan lemparan dibuat oleh segenap masyarakat 

Tidak berakhir disitu sebuat printsreen yang tersebar mengatakan gadis yang bernama Norazlin Abd Wahid kelahiran Rompin ini telah meluahkan perasaan tentang isu beliau dipeluk artis kpop lihat printscreen dibawah

4 Foto wajah terkini Rozana Misbun, isteri Awi


Nampaknya, kontroversi sijil nikah palsu pasangan Awie dan isterinya, Rozana masih belum menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan lain pula.

Terbaru, penyanyi rocker terkenal itu mendakwa Rozana mengamalkan Syirik atau Khurafat apabila bahan-bahan seperti tulang, darah, alat seperti kemaluan ditemui.

Hari ini pula, hak penjagaan anak yang diberikan kepada Awie telah dibatalkan selepas Mahkamah membenarkan rayuan dari pihak Rozana.

Gambar terkini Rozana Misbun, isteri Awie yang paling jelita - Sejak penyebaran beberapa keping gambar Rozana Misbun, isteri Awie dalam keadaan lebam teruk di bahagian muka akibat dipukul seseorang, kisah rumahtangga mereka kini menjadi perhatian hangat peminat dan pihak media.

Tentunya, Awie menjadi suspek utama di sebalik kes penderaan itu sehingga ia telah dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut. Begitupun, penyanyi rock terkenal itu mengaku tidak bersalah dan beliau telah diikatjamin sebanyak RM9,000 di mana tarikh sebutan semula ialah pada Ogos nanti.

Di laman sosial, seorang penggiat facebook yang tidak didedahkan identitinya telah memuatnaik satu komen yang menceritakan satu khabar angin yang dikatakan menjadi punca sebenar Awie bertindak mencederakan isterinya namun kebenaran cerita itu tidak dipastikan.

Berikut ialah dua keping gambar terkini Rozana Misbun yang terlalu jelita dan cun melecun. Menariknya, adik kepada Haliza Misbun itu lebih tinggi dari ayahanda Awie - gosipterus