Pages

Thursday, 22 January 2015

2 Gambar perkahwinan Johan As'ari yang sangat mengejutkan



Terkejut Murai Batu bila ternampak foto pernikahan pelakon Johan As`ari dan seorang wanita berbaju putih di laman Instagram milik pelakon ini sebentar tadi.

Yelah...tak kan lah senyap-senyap je pelakon lelaki ni berkahwin. Malah wanita disampingnya yang memakai baju nikah dan tudung berpurdah pun Murai Batu tak kenal.

Siasat punya siasat, rupanya foto itu diambil ketika mereka berada di set penggambaran drama bersiri Waris Kekasih iaitu slot utk Azalea TV3.

Amboi buat suspen Murai Batu je sebab dari foto yang dikongsi nampak seperti gambar kahwin betul, rupanya bernikah dalam set lakonan sahaja.

Tak mengapalah,apa-apa pun Murai Batu tetap akan doakan semoga jodoh sebenar Johan dipercepatkan kelak.

Punca Sebenar Chef Wan Dimasukkan Ke Hospital Secara Mengejut !

Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan menerusi akaun Facebook telah memuat naik gambar ayahnya, Datuk Chef Wan yang kini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Gambar ini disertakan dengan status Serina yang mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayah kesayangannya itu;
"Papa please get well soon..rina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa.Doktor tak benarkan..sbb papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit..to all my fans & family pls doakan papa @chefwan58 serina cepat sembuh dari Bronchitis infection.Love u."
Takziah diucapkan kepada Chef Wan. Media Hiburan mendoakan agar kesihatan Chef Wan semakin pulih dan dapat kembali ke dapur seperti biasa! 

Luahan terlampau menyayat hati Emma Maembong mengenai Bapanya

Rasanya semua sedia maklum dengan beberapa kontroversi yang membabitkan keluarga Emma Maembong kebelakangan ini terutamanya ayah Emma sendiri, Ismail Embong.

Namun semalam, Emma bertindak memuatnaik sekeping foto di laman Instagram dengan kapsyen yang agak menyayat hati berkaitan bapanya. Apa yang Emma katakan?

Melalui foto yang telah mendapat lebih 20 ribu like itu, Emma berpesan kepada peminatnya supaya menghargai pengorbanan ayah dalam membesarkan kita.

Tambahan Emma, orang tua ini makin lama makin sensitif jadi bersabarlah ketika menjaga mereka - Ohbulan

Fesyen Pelik Gaun Ketat Yang Dipakai Oleh Anzalna Nasir !!!



Anzalna Nasir merupakan salah seorang selebriti wanita yang menjadi kegemaran penulis bukan sahaja kerana kecantikan dan keseksiannya malah bakat lakonan dan cara beliau melayan peminat di laman sosial....

Memiliki ketinggian dan bentuk badan yang amat ideal, aktres berusia 26 tahun ini sering dipilih melakonkan watak antagonis iaitu sebagai perampas suami orang. Begitupun, reputasinya sebagai model dan duta produk tidak terjejas....

Terbaru, Anzalna telah menggayakan satu rekaan fesyen gaun ketat yang mempunyai belahan paras peha. Ia membuatkan penampilannya kurang menyerlah dan agak pelik. Benarkah????