Pages

Friday, 6 March 2015

8 Gambar Perubahan Mengejut Penampilan Rozita Che Wan



#Pastinya ramai jejaka diluar bertambah-tambah makan hati dengan pelakon berdarah kacukan Zain Saidin bukan? Mana tidaknya, sudahlah dikurniakan isteri cantik, menjaga kebajikan suaminya dunia dan akhirat lagi.



Zain yang menyambut ulangtahun yang ke 31 semalam, Isnin, telah dihadiahkan isteri tercinta pakej menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan katanya Rozita pun akan turut sekali pergi menunaikan ibadah itu pada 25 Februari (Rabu) ini.

Pemergian Zain ke tanah Suci Mekah kali ini merupakan umrah pertamanya dan syukur kerana ditemani isteri yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah. Hadiah itu diumumkan Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ketika sambutan hari jadi suami tercinta di Flora Terrace, Hampshire Place pada Isnin.

Pasangan artis berkenaan menganjurkan majlis hari jadi bertemakan Glam Black, Che Ta begitu anggun mengenakan hijab dan busana hitam yang cantik manakala Zain pulak nampak segak dengan suit hitam.

Che Ta yang menerima pujian kerana tampil bertudung litup tetapi aktres ini memilih untuk bertudung demi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Muda Asyraf dan belum disahkan telah berhijrah. Mungkin selepas pulang dari umrah nanti, InsyaAllah.

Selain Che Ta, Shasha yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin turut berkongsi momen-momen manis majlis tersebut.

Semoga pemergian Zain dan Che Ta untuk menunaikan ibadah dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya







PANAS! Lisa Surihani Bangkit Jelas Isu Hamil Tabung Uji!

#Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga....
Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya.
#Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri....

#Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya....
> "Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami...
#Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki...
#Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu."

#Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin? Hehe

4 Foto Gedik Ayda Jebat Didakwa Perampas Suami Dan Kekasih Orang



Susahnya jadi Ayda Jebat. Baru je nak meniti zaman kegemilangan, dah banyak kontroversi yang timbul.

Terdahulu, ketika dia berlakon disamping Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%, dia dituduh sengaja nak merampas Zul dari kekasihnya, Gayatri.



Terkini, tiba-tiba Ayda dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta rakan artis. Dah kenapa?

Memetik laporan Harian Metro, Ayda menegaskan dia tidak menghalang jika ada rakan artis yang nak berkawan tetapi dia bukan perampas seperti yang diperkatakan.

"Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya. Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun, saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang."





Hmm, kalau ada rakan artis yang bimbang dengan Ayda Jebat, ni baca pesanan Ayda kat sini:

"Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka. Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai."


Thursday, 5 March 2015

Mesej Sindiran Pedas Emma Maembong Buat Zizan Razak




#Satu ketika dahulu, satu Malaysia kecoh apabila Emma Maembong mengesahkan putusnya hubungan percintaan dirinya dengan Zizan Razak.

<Namun> tidak lama kemudian, Zizan dengan penuh machonya berjaya memujuk Emma dan hubungan mereka kembali pulih.


Nampak macam hubungan cinta masa sekolah pulak kan? Sweet sangat. Teringat kenangan cinta masa sekolah dulu. Hehehe.

Terbaru, Emma telah memuatnaik beberapa gambar yang membayangkan keberantakan hubungannya dengan Zizan.

Gambar yang berisi lirik lagu kumpulan Geisha itu seolah-olah menceritakan perbuatan Zizan yang berulangkali menyakiti hati Emma dan mungkin Zizan bukan cinta sejati buatnya.
Adakah ini susulan gosip hubungan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro?

Harap-harap ini semua salah faham. Kesian Zizan nak kena pujuk Emma sekali lagi. Kesian juga kat Emma kerana asyik merajuk. Penat tau merajuk nie.

Tukang pujuk penat, tukang rajuk pun penat. Diharap Emma tidak merajuk lama sangat. Nanti kang kecoh satu Malaysia lagi sekali. Heheh. Apa kata anda?

SUMBER