Pages

Monday, 9 March 2015

PANAS!! Datin Eina Azman Ditendang Dan Dipukul?


Panass isu nie.Biar betul..Punyalah manja dan cantik Datin Eina takkan ada yang sanggup pukul dan tendang..


Bagaimanapun, menerusi laman Instagramnya, Eina yang baru sahaja bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini menafikan pernah memberikan kenyataan sedemikian.

Salam semua… Eina cuma nak ckp eina Tak pernah buat statement ckp mcm tu… Kenapa lah ada je hamba Allah yang takde keje buat Cerita dan nak menjatuh kan orang??? Kepada #plbagaimacam.blogspot.com kalau anda nak jadi wartawan baik pergi belajar apa maksud etika wartawan dulu!!!
Don’t simply tulis about people yang boleh menyebab kan fitnah!!! Jangan sampai saya ambil tindakan dkt blog anda. Anda boles tulis apa pun dan saya tak marah cuma tlg lah tulis dengan cara yang betul iaitu dpt story yang betul2 dari saya bukan mereka reka Cerita. TQ

Namun, dek kerana sikap ingin tahu yang sangat tinggi, kami pun buat lah researchsedikit sumber asalnya artikel tersebut diperolehi. Nak tahu apa yang kami jumpa tak?

Rupanya-rupanya kenyataan tersebut telah dikeluarkan di sebuah akhbar kira-kira 2 tahun yang lalu. Tapi, kami pun tidak pasti mengenai kesahihan fakta dalam artikel itu.

Takpelah Eina. Bila kontroversi sedemikian mula menimpa, itu maknanya nama anda sudah mula ‘naik’ dalam industri hiburan negara. Keep calm and stay cantik!

Foto perkahwinan Abby Abadi dan Ustaz Khairul Azli?


Eh... bekas pelakon, Abby Abadi dah selamat bernikah dengan kekasihnya, Ustaz Khairul Azli ke? Ini kerana jika berdasarkan gambar terbaru Khairul yang dikongsikannya di akaun Instagram peribadi, kapsyen pada gambar itu seakan menggambarkan mereka sudah bernikah.

Kalau berita ini benar, kami nak ucapkan jutaan tahniah kepada Abby kerana segala perancangan untuk bernikah sebelum ini akhirnya tercapai.


Eh... bekas pelakon, Abby Abadi dah selamat bernikah dengan kekasihnya, Ustaz Khairul Azli ke? Ini kerana jika berdasarkan gambar terbaru Khairul yang dikongsikannya di akaun Instagram peribadi, kapsyen pada gambar itu seakan menggambarkan mereka sudah bernikah.

Kalau berita ini benar, kami nak ucapkan jutaan tahniah kepada Abby kerana segala perancangan untuk bernikah sebelum ini akhirnya tercapai.

Jom baca kapsyen Khairul Azli di bawah. Kredit kepada myartis dan mforum cari.





6 Gambar Putri Mardiana Dan Kekasih Selepas Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya Semalam




Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.



Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana.








Sunday, 8 March 2015

2 Gambar terakhir Harun Salim Bachik sebelum meninggal dunia yang amat menyayat hati

Pelawak terkenal Harun Salim Bachik menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di tandas kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS Bukit Merah, Semanggol, Perak pada petang Ahad.

Berita ini turut disahkan beberapa rakan terapat Allahyarham menerusi laman sosial.
Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim mula dikenali melalui lakonan dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan TV3 pada awal tahun 90-an.
Selepas Rumah Kedai, Allahyarham terlibat dalam sitkom bersiri Gado-Gado yang ditayangkan di TV1, sekaligus menjadi batu loncatan untuknya terbabit dalam dunia lakonan sebagai pelakon lawak.
Kerjaya lakonan Allahyarham kian memberansangkan selepas terlibat dalam filem-filem yang mendapat sambutan hangat penonton Malaysia antaranya Man Laksa, Baik Punya Cilok, Papadom dan Apa Kata Hati.
Rata-rata peminat seni tanah air turut mengenang Allahyarham sebagai kawan rapat pengarah dan pelawak Afdlin Shauki, terutama selepas mereka berganding membentuk Kumpulan Boboi pada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2011.
Allahyarham yang merupakan bekas Presiden Seniman juga mempunyai suara yang baik dan pernah bergelar penyanyi serta menghasilkan satu album pada tahun 1996 berjudulBelilah yang menampilkan lagu hit ketika itu, Banjir.
Sumber : Gossipanas