Pages

Wednesday 28 May 2014

15 Produk Jenama Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Coklat Cadbury ada babi

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih dirahsiakan?” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. -Hmetro

“Jangan Ada Logo Halal Tapi Tak Halal”

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal.

“Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini.

Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah.

“Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma.

“Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya,” katanya.

Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah.

“Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah,” katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini.

Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini. -mStar Online

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.

Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.

Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.

Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.

Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.

Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.

Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…

Anak siapalah ni ye? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni!

sumber 

No comments:

Post a Comment