Pages

Thursday 29 May 2014

TERKINI: Kawasan pencarian MH370 telah menjangkau 4 juta kilometer persegi

1. Satu sidang media rasmi bersama telah diadakan dengan kehadiran wakil dari Malaysia, Australia dan China telah diadakan pada hari ini.

2. Pegawai Australia: Misi pencarian #mh370 telah menjangkau kawasan seluas lebih 4 juta kilometer persegi, namun masih tiada penemuan mengenai pesawat.

3. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss: Satu mesyuarat akan diadakan pada Rabu di Canberra bagi membincangkan lokasi terakhir MH370.

4. Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang: Misi pencarian MH370 sama sekali tidak akan diganggu, dihentikan dan (kami) tidak akan berputus asa.

5. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss: Kami akan mengambil kira keperluan untuk menggunakan peralatan yang lebih canggih (kebolehan menyelam lebih tinggi) dari Bluefin-21 untuk misi ini.

Bluefin-21 yang digunakan untuk misi pencarian MH370.
Foto: bellenews

6. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss: Ianya adalah suatu kemungkinan bahawa serpihan pesawat telah pun tenggelam ke dasar laut sebelum kami memulakan pencarian itu lagi.

No comments:

Post a Comment