Pages

Wednesday 28 May 2014

LUAHAN CADBURY MALAYSIA BERHUBUNG ISU DNA BABI

KUALA LUMPUR – “Kami telah menerima komen daripada pelbagai pihak dalam perkara ini dan kami juga turut peka akan seruan masyarakat Islam untuk penyelesaian”.

Itu luahan syarikat Cadbury Malaysia berikutan isu coklat syarikat itu dikesan pihak berkuasa mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) baru-baru ini.

Pendedahan itu menyebabkan orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) mengecam syarikat tersebut termasuk menggesa umat Islam tidak lagi membeli produk tertentu Cadbury.

Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran turut memaklumkan, Cadbury Malaysia sedang memberi tumpuan penuh terhadap penyiasatan kes itu.

“Semua sumber kami ke arah penyiasatan yang sedang berlangsung. Kami juga turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan halal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Zalina berkata, Jakim dalam proses menjalankan ujian ke atas produk Cadbury dan akan mengumumkan keputusan itu sebaik sahaja memperoleh maklumat.

“Sehingga itu, kami tidak dapat memberikan komen lanjut. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha penuh untuk menangani isu ini secepat mungkin,” katanya.


No comments:

Post a Comment