Pages

Thursday 29 May 2014

9 FAKTA tentang 9GAG yang perlu anda ketahui !!!

Siapa yang tidak kenal akan laman 9GAG, suatu laman yang menempatkan ribuan 'meme' yang boleh membuatkan anda ketawa tidak kering gusi dibuatnya.



Di sini Oh! Mudah ingin memuatkan 9 fakta menarik tentang 9 GAG yang anda perlu tahu.

1. 9GAG mula dilancarkan pada tahun 2008.

2. Diasaskan oleh usahawan dari Hong Kong iaitu Ray Chan (CEO) dan Chris Chan, turut dibangunkan oleh Derek Chan, Brian Yu, and Marco Fung.



Ray Chan.  Foto: e27.co


3. Alexa meletakkan 9GAG di kedudukan global ke-280 dengan secara puratanya pengguna menghabiskan selama 5 minit untuk menatap 'meme' kesukaan mereka di 9GAG.

4. 9GAG kini mempunyai lebih 11 juta peminat di facebook dan lebih 2.5 juta di twitter.

5. Lewat tahun 2011, 9GAG pernah mencetuskan kemarahan para pengguna 4chan, satu lagi laman 'meme' yang popular kerana pengguna 9GAG telah memuatnaik meme dan mendakwa meme itu kepunyaan asal mereka walhal meme tersebut diciplak dari 4chan.

6. Pada 21 November 2011, pengguna 4chan telah melancarkan satu misi bergelar 'OPERATION:9GAG' yang menyasarkan serangan dengan memuat naik ribuan meme berbentuk keganasan, lucah dan pelbagai lagi. Mereka turut melakukan serangan DDos ke atas server 9GAG. 

7. 9GAG yang menyedari wujudnya ancaman serangan itu, membentuk satu kumpulan yang dinamakan “The 9gag army” dan memberi maklum balas berikut kepada 4chan iaitu “The 9gag army is coming for you 4chan” yang bermaksud "Tentera 9GAG akan datang untuk anda 4chan".

8. Sehari sebelum itu iaitu pada 20 November 2011, ahli 4chan melancarkan serangan awal yang dinamakan sebagai 'Operation Deepthroat'. Misi itu turut mengajak  beberapa ahli laman meme popular lain seperti Reddit, tumblr, dan funnyjunk untuk turut serta di dalam serangan yang dirancangkan pada 21 November itu. 

9. Mengikut laman worthofweb.com, 9GAG.com dianggarkan bernilai sebanyak $430,000,000 (RM 1, 402, 440, 000)!




Untuk memuat turun aplikasi 9GAG ke dalam telefon pintar anda, sila klik link berikut:

pengguna iOS: https://itunes.apple.com/us/app/9gag-fast/id653343196?mt=8

pengguna android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ninegag.android.x





sumber: 

1. wikipedia
2. 4chan.org
3. 9GAG
4. worthofweb.com
5. knowyourmeme.com 





NOTIS

isusemasa.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan komentar yang dilemparkan oleh para pengunjung kami. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili kami.

No comments:

Post a Comment