Pages

Saturday 24 May 2014

Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Dipinda

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini. 
Ia begantung kepada keperluan semasa dan kesan penggunaan cermin gelap terhadap masalah jenayah pada masa akan datang 
Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan. 
Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

No comments:

Post a Comment