Pages

Saturday 24 May 2014

Warga Emas Jahanam Mencabul Budak 11 Tahun

Dua lelaki, termasuk seorang warga emas, ditahan di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Permyjaya, di sini, semalam, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Khamis lalu yang dilihat sebagai sebuah perbuatan yang hina sekali.
Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 78 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang oleh bapa mangsa bersama beberapa rakan sekerjanya selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian kepada ibunya pada pagi hari sama.
Bagaimanapun, seorang lagi lelaki sempat melarikan diri sebaik menyedari dua rakannya ditahan dan usaha menjejakinya dilakukan bagi membantu siasatan kes.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah pekerja berkenaan sebelum seorang daripada lelaki itu memanggil dan meminta mangsa masuk ke dalam rumah.
Katanya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa dipercayai dicabul.
Semua lelaki terbabit rakan sekerja bapa mangsa di tapak pembinaan berkenaan.
“Mangsa hanya menceritakan perbuatan semua lelaki itu kepada ibunya kelmarin.
“Terkejut dengan pendedahan itu, ibu mangsa berusia 40-an kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.
Bapa mangsa yang mengetahui kejadian menimpa anaknya menahan kedua-dua lelaki itu yang juga rakan sekerjanya sebelum menyerahkan mereka kepada polis bagi menjalankan siasatan.
“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa, sebaliknya tidak menolak kemungkinan mangsa dicabul tiga lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.-mmtro


No comments:

Post a Comment