Pages

Friday 30 May 2014

Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Lagi Dengan Farhan

Punca sebenar Abby Abadi bercerai lagi dengan Farhan. Menurut Abby, usia suaminya yang lebih muda darinya dan tidak matang merupakan punca utama keretakan rumah tangga. Tambah Abby lagi, ketidak serasian bersama dan sering bertengkar juga menyebabkan Farhan memfailkan permohonan cerai. Difahamkan lafaz cerai telah dibuat oleh Farhan sebanyak dua kali di Makhamah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Terdahulu, Abby yang berusia 37 tahun dan Muhammad Noor Farhan 24 tahun telah melangsungkan perkahwinan pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Abby juga pernah bernikah sebelum ini dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan tersebut.



Kenyataan Abby Abadi Isu Bercerai Dengan Farhan

Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang. Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa. Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat,” ujar Abby Abadi

Video Punca Sebenar Abby Abadi Bercerai Dengan Farhan


KLIK DISINI UNTUK VIDEO


Gambar Kenangan Abby Abadi Dan Farhan


No comments:

Post a Comment