Pages

Wednesday, 28 May 2014

Gambar selfie Nabil dan Zira bersantai di Paris yang mengejutkan

Gambar selfie Nabil dan Zira bersantai di Paris yang mengejutkan - Dengan kesibukan Nabil Ahmad sebagai pelawak, pengacara dan pelakon di industri hiburan tempatan, dia dan isterinya Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 26, tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bercuti di Paris, Perancis baru-baru ini.

Beberapa keping gambar pasangan sensasi ini bercuti di sana telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat. Jelas, Nabil dan Zira kelihatan seperti kembali ke alam remaja dek kerana aksi-aksi romantik mereka.

 

Takziah, Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Selepas Makan Mee Segera

KUALA NERANG - Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mi segera malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff, 18, sebelum itu dikatakan makan mi segera sebelum tidur di bilik asrama bersama beberapa rakan yang lain.

Rakan mangsa, Mohamad Hisham  Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.

(gambar sekadar hiasan)

Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa bilik itu.

"Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih dan mi segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek Junus berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika tiba di sana.

Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun, katanya.

Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius.

Ketua Polis Padang Terap Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

sumber 

Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi

Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi - Minggu lepas kita pernah dikejutkan dengan keberanian seorang wanita tanpa seurat benang yang enggan dinamakan berkeliaran di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tindakan berani itu mengejutkan seluruh warga Malaysia dan ada yang tertanya-tanya kenapa si wanita cantik sanggup berbuat demikian.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan blog mymediahubonline berlaku di sebuah jalan raya Negeri Sembilan sehingga mencetuskan kontroversi dan tanda tanya kepada orang ramai.

Menurut sumber, wanita bogel itu berusia dalam lingkungan 20-an dan didakwa mengambil dose syabu yang berlebihan dan menyebabkan beliau khayal teruk. Ketika itulah wanita terbabit bertindak menanggalkan kesemua pakaiannya.

Difahamkan juga, wanita berkenaan sudah berkahwin dan memiliki dua cahayamata. Suaminya pula tidak bekerja dan dikatakan merupakan seorang penagih dadah tegar yang kemudian melarikan diri.




 

Pengarah drama dedah perangai sebenar Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah

Pengarah drama dedah perangai sebenar Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah - Seorang pengarah drama tempatan dikenali Shahrulezad Mohameddin secara terbuka mendedahkan perangai sebenar tiga pelakon terkenal iaitu Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah Mat Aris ketika berada di lokasi penggambaran.

Pendedahan itu dibuat oleh pengarah itu menerusi akaun facebooknya baru-baru ini bagi menyatakan kekaguman beliau terhadap sikap sebenar ketiga-tiga pelakon terbabit.

Kepada peminat yang beranggapan bahawa Lana Nordin masih seperti dulu iaitu suka berpakaian seksi dan menjolok mata, apakata anda baca luahan Shahrulezad di bawah.