Pages

Showing posts with label Mawar. Show all posts
Showing posts with label Mawar. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.



Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.



Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.



Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.






Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para peserta yang menyertainya.



Kami bukanlah mahu mengkritik pihak penganjur, namun semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Perlu diingatkan, tanpa peminat, siapalah kita ini. 



Jangan kerana perkara-perkara kecil sebegini menyebabkan para pembeli setia kita lari. Tak gitu? Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi.












View the original article here

Saturday, 17 May 2014

Mawar Fareeda buat hal lagi!

Rasanya ini bukan pertama kali pembaca dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya. Perkara ini pernah juga terjadi sebelum ini dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.

Tapi baru-baru ini, admin fanpage tersebut telah menyindir seorang pelanggan di dalam akaun facebook tersebut.

Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar

Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.

Sepatutnya dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah orang putih, “customer always right”bukan? Kenalah jaga kredibiliti jenama Fareeda itu sendiri. Kalau tidak, peminat pun lari. Ye tak?














Sumber

 

Wednesday, 19 March 2014

Foto: Koleksi Tudung Isteri Fizo, Mawar Abdul Karim Yang Buat Anda Ternganga!!

type='html'>
APA!!!Biar betul ko ni mawar??? 1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa…..nak tengok juga..share2 la sikit..huhu,,...
Tetapi memeng benar katanya itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang

Mawar Abdul Karim 7baru-baru ini.
Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??
“Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.
792364_339827276154129_1491311005_o“Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?,” katanya.
Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.
Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.
Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.
“Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.
“Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan,” jelasnya

View the original article here