Pages

Showing posts with label dikritik. Show all posts
Showing posts with label dikritik. Show all posts

Thursday, 27 November 2014

Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.



Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.



Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.



Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.






Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para peserta yang menyertainya.



Kami bukanlah mahu mengkritik pihak penganjur, namun semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Perlu diingatkan, tanpa peminat, siapalah kita ini. 



Jangan kerana perkara-perkara kecil sebegini menyebabkan para pembeli setia kita lari. Tak gitu? Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi.












View the original article here

Wednesday, 26 November 2014

Foto terbaru Nora Danish hanya pakai tali bra dikritik

Pergh... seksinya Nora Danish... nak pergi mana tu? 


"Apa yang Kau mahu, Semua Ku beri Apa yang kau mahu, mahu apa lagi Bagaimana aku pula, Aku rimas Jadi Ku Ingin jalan sana Tolong tepi sikit...... ?? #feelinsleeq ##tepisikit #sleeqtepisikit tulisnya di Instagram."



Kalau korang nak tahu, Nora danish kini sedang sibuk dengan pengembaraan sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.



Sumber asal : Blog Infocapayam








View the original article here

Friday, 29 August 2014

3 Gambar: Pakai Lengging Ketat Tapi Bertudung, Adira Dikritik Peminat

=
3 Gambar: Pakai Lengging Ketat Tapi Bertudung, Adira Dikritik Peminat - Adira sekali lagi menimbulkan kontroversi ketika memeriahkan satu majlis anjuran Astro untuk memperkenalkan program baru AF2014.

Apa yang mencuri perhatian, seluar yang dipakainya terlalu ketat sekaligus menyebabkan perbalahan diantara peminat dan haternya di laman sosial, seolah-olah beliau mempermainkan agama.

Apapun, diharap Adira dapat bersabar dengan dugaan ini. Anggaplai ini sebagai percubaan baru Adira untuk berubah kepada kebaikan. Viralberita.blogspot.com


View the original article here

Thursday, 15 May 2014

Aksi Hazama dan Genervie Kam berpeluk dikritik peminat

Aksi Hazama dan Genervie Kam berpeluk dikritik peminat - Umum mengetahui, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hazama sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain muzik violin terkenal, Genervie Kam, seorang wanita berbangsa cina.

Seperti beberapa artis lain, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama di luar negara di mana mereka memilih Boston, Amerika Syarikat sebagai tempat melancong.

Bagi tatapan peminat, Hazama telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bercuti di sana dengan teman wanita menerusi laman Instagram semalam. Bagaimanapun, salah satu daripada gambar yang dikongsikan tidak disenangi peminat kerana memperlihatkan Hazama dan Genervie Kam berpeluk dengan begitu erat.

Ekoran itu, segelintir peminat melemparkan teguran dan kritikan secara terbuka kepada Hazama dan memintanya agar menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan.








View the original article here

Friday, 2 May 2014

KENAPA PEMIMPIN SELEPAS TUN DR. MAHATHIR SELALU DIKRITIK?



Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir? Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau. 


Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah. 


Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.


Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.


Kerana apa?


Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.


Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.


Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.


Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.


Bak kata Tun


"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"


Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?


Tun pernah berkata lagi


"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"


Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.


Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.


Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama. 

FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

View the original article here

Wednesday, 16 April 2014

Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah



Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina - Pemilik nama
Ustaz Don Daniyal ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia 
kerana kelainan cara penyampaian beliau ketika berceramah. 

Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula 
dikenali orang ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30
Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.

Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai 
peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang 
senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.

Berikut ialah ringkasan biodata Ustaz Don Daniyal yang pernah ditegur secara
terbuka oleh Wardina Safiyyah baru-baru ini di laman Facebook :-

Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Pekerjaan : Pensyarah muda dan pendakwah bebas bertauliah
di Pulau Pinang dan Selangor
Status : Berkahwin
Pasangan : Husna Zahry Rafie (kahwin 2012–kini)
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad
Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
-plbgaimacam