Pages

Showing posts with label Syarikat. Show all posts
Showing posts with label Syarikat. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya didedahkan

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya - Pelakon dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.

Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong.

Aktres jelita tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal setelah dihubungi media.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.




View the original article here

Wednesday, 19 March 2014

MH370: Polis nafi ada pergerakan tentera Amerika Syarikat di negara ini

type='html'>KUALA LUMPUR: Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).



Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.





Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here