Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu
masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup
yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di
Malaysia pada hari ini sedang melalui satu dimensi sosial yang kelam dan
kekeliruan haluan diri akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan
politik yang pesat yang hampir tidak terkawal di negara ini.
Banyak pihak memperkatakan mengenai permasalahan sosial yang bermula
dari golongan remaja hinggalah kepada dewasa. Antara masalah sosial yang
dikenalpasti berlaku dengan meluas pada hari ini ialah seperti seks
bebas yang bermula daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan
dadah dan meminum arak, lepak, lumba haram.
Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam jenayah seperti
mencuri,merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini sangat
mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada
di tahap membimbangkan. Ditambah lagi dengan tiada usaha yang jelas
untuk melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya di dalam pentadbiran
negara bagi menggantikan undang-undang warisan penjajah.
Beberapa faktor terjadinya perkara sebegini adalah seperti berikut :
- Bercampur perkara halal dan haram sebelum dan semasa perkahwinan (kurang atau tiada keberkatan).
- Ibu bapa tidak membaca doa tertentu yang mengakibatkan syaitan
menumpang kenikmatan dan masuk ke dalam benih ketika ibu bapa berjimak.
- Ibu bapa menyediakan makan minum untuk keluarga dengan sumber
pendapatan yang meragukan dan duit halal bercampur dengan haram
contohnya duit dari rasuah dan mengambil hak orang lain.
- Pendidikan agama dan akhlak Islam tidak diterapkan dalam keluarga.
- Persekitaran yang kurang sihat semasa anak-anak membesar seperti
contoh yang tidak baik dari ibu bapa serta persekitaran tempat tinggal
yang rendah moralnya.
- Remaja yang hanya berfikir tentang keseronokkan dan tidak membuat sesuatu yang menguntungkan amsa depan mereka sendiri.
Kesimpulan :
-Sesi penerangan mengenai undang-undang syariah atau lebih
dikenali dengan nama "hudud" perlu diperluas dan dipertingkatkan bagi
memberi lebih kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa.
-Jangan menakut-nakutkan sebilangan masyarakat dengan perkara yang tidak
benar mengenai perlaksanaan hukum syariah sepenuhnya di Malaysia.
Jadikan "negara Madinah" sebagai contoh terbaik perlaksanaan syariah
dalam negara Islam yang berbilang bangsa dan agama.
-Gangguan (masalah) akhlak atau moral bukan sahaja akan menjahanamkan
penganut Islam dan bangsa Melayu malah ia turut akan meruntuhkan tamadun
negara serta merosakkan bangsa lain, khususnya di Malaysia.
sumber