Pages

Monday, 7 April 2014

KOS PENCARIAN PESAWAT MH370?? MALAYSIA SUDAH TIADA WANG??

Alhamdulillah.... akhirnya terbuka juga berita ini di media.

Kos SAR telahpun menelan belanja lebih kurang RM 600 juta. Kesemua kos ini ditanggung oleh Malaysia dan kesemua 26 negara yang terlibat boleh klaim sama Malaysia. Tapi Malaysia sudah tiada wang.

Maka dana daripada luar harus diambil. Dana mana lagi kalau bukan dana pemodal Yahudi ????????

Boeing Company dan Rolls-Royce company juga didalangi pemodal Yahudi yang mahu 'cut-lost'. Jadi merekalah yang akan mencari dana buat negara kita agar menutup kelemahan Boeing.




MH370 masih menanti masa untuk di'timbul'kan.....

Permainan dan percaturan Sang Yahudi amat licik....

Namun, selicik-licik mereka, licik lagi orang Melayu kita. Marahnya bersulam kata-kata, menyerangnya bertikam bunga, indah nian kehebatan kita apabila diamat-amati.

Untuk pengetahuan semua, JANGAN melabur saham dalam ASB 2. Itu adalah jerat untuk memakan harta rakyat.

Untuk pengetahuan semua, US dan sekutunya sudah kekeringan wang untuk diagihkan dalam kalangan rakyat.

Untuk pengetahuan semua, satu dunia sedang dahagakan 'khazanah' demi kelangsungan kuasa masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, kita masih lagi tidak membuat persediaan dan persiapan tatkala telah banyak yang saya dedahkan......

Maka, bersiap sedialah daripada sekarang...!

Remember my Name! Bradokapak.

Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

sumber

Luahan sayu Suhada Raba, mangsa cabul Prof Izzi Haji Ali

Penulis kongsikan satu luahan sayu Nurul Shuhada Binti Shahadan terhadap tindakan Prof Izzi Haji Ali mencabulnya selepas diugut digagalkan dalam peperiksaan jika enggan dicabul.

Kata Suhada, dia tidak akan memaafkan perbuataan sumbang yang dilakukan pakar motivasi terkenal itu yang juga seorang pensyarah kanan UiTM Arau Perlis di dunia dan akhirat. Kini laporan polis sudah dibuat cuma hanya menunggu panggilan dari mahkamah untuk perbicaraan.



 
 

JALAN RAYA DI MALAYSIA TEMPAT KE-17 PALING BAHAYA DI DUNIA

PETALING JAYA: Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.


Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.

Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun.

Sebagai tindak balas mengapa Malaysia berada di kedudukan antara yang paling berbahaya, penyelidik Brandon Schoettle mencadangkan bahawa pembangunan mungkin mempunyai peranan yang besar dalam perkara ini.

"Walaupun saya tidak boleh bercakap secara khusus mengenai Malaysia, kita tahu bahawa dengan peningkatan pembangunan bagi sebuah negara, kemalangan maut juga sering meningkat, " katanya sambil merujuk China dan India sebagai contoh.

Negara-negara pulau seperti Malta (tiga kematian bagi setiap 100,000), Fiji (empat), Kepulauan Marshall (empat) dan Tonga (empat) adalah negara-negara di mana kurang kemungkinan kematian akibat kemalangan jalan raya, mungkin kerana tahap kenderaan bermotor yang rendah.

Di seluruh dunia, didapati bahawa kematian akibat kemalangan jalan raya membentuk hanya 2.1 peratus daripada kematian lain-lain.

Emiriah Arab Bersatu telah menduduki peratusan tertinggi dalam kemalangan maut jalan raya dengan 15.9 peratus.

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan nisbah kematian kemalangan jalan raya dengan sebab-sebab utama kematian lain.

Kematian bagi setiap penduduk akibat kemalangan jalan raya dibandingkan dengan kematian daripada sebab-sebab utama kematian yang lain seperti 'neoplasma malignan' (kanser) dan penyakit jantung iskemia serta penyakit serebrovaskular.

Mengikut purata dunia, didapati bahawa manusia enam kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung daripada mati dalam kemalangan kereta.

Rakyat Malaysia mempunyai 2.5 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat kanser dan 2.8 kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung berbanding dengan kemalangan maut.

Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan di laman web WHO, data kajian yang dijalankan mungkin tidak sama dengan angka rasmi di Malaysia kerana perbezaan metodologi yang digunakan oleh WHO dan bancian Malaysia.

"Banyak set data mewakili anggaran terbaik WHO menggunakan metodologi untuk petunjuk tertentu yang bertujuan untuk perbandingan antara negara dan masa.

"Oleh itu, ia tidak sentiasa yang sama dengan anggaran rasmi kebangsaan, walaupun WHO, bila-bila sahaja yang mungkin, akan menyediakan peluang kepada negara anggota meneliti kajian dan mengulas mengenai data dan anggaran sebagai sebahagian daripada perundingan negara."

Oleh itu, pengelasan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbahaya untuk pemandu mungkin berbeza berbanding rekod rasmi tempatan.

Sunday, 6 April 2014

Senarai Artis Malaysia Dengan Pendapatan Lebih RM1 Juta Setahun

Senarai Artis Wanita Dengan Pendapatan Lebih RM1 Juta Setahun

Harian Metro edisi Ahad hujung minggu lalu mengeluarkan senarai lima orang selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun & menariknya mereka semua masih muda dan jauh perjalanan karier mereka dalam dunia hiburan.

Jika mereka kekalkan momentum & semangat yang ada dan tidak terbawa dek arus dunia hiburan yang bukan bukan (trust us, it’s not easy), masa hadapan kelima lima selebriti ini sangat cerah — dan istilah jutawan tidak akan lekang dari nama mereka.

Terima kasih kepada wartawan di Harian Metro, ini senarai 5 selebriti wanita Malaysia yang masih muda dan berjaya menjana lebih RM1 juta pendapatan setahun.
YUNA (RM5 Juta)



Sumber: Kontrak album, duta produk, runut bunyi The Croods, konsert luar dan dalam negara, royalti, jualan album & butik IAMJETFUEL.
Shila Amzah (RM2.5 Juta)



Sumber: Kontrak di China, duta produk, royalti & jualan album.


Soo Wincci (RM1.5 Juta)



Sumber: Duta produk & badan kebajikan, persembahan dalam & luar negara.


Neelofa (RM1 Juta)



Sumber: Produk kecantikan & duta pelbagai produk.


Najwa Latif (RM1 Juta)

Sumber: Royalti muat turun nada dering, persembahan dalam & luar negara dan duta produk.

sumber