Pages

Thursday, 27 November 2014

Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.



Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.



Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.



Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.






Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para peserta yang menyertainya.



Kami bukanlah mahu mengkritik pihak penganjur, namun semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Perlu diingatkan, tanpa peminat, siapalah kita ini. 



Jangan kerana perkara-perkara kecil sebegini menyebabkan para pembeli setia kita lari. Tak gitu? Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi.












View the original article here

Wednesday, 26 November 2014

Foto cincin tunang Neelofa tersebar?

Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.

Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?

Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?

Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.

Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah dikatakan beberapa bulan lepas.



Sumber asal : Portal Ohbulan











View the original article here

Foto terbaru Mariam Jamilah, isteri Jimmy Shanley amat curi tumpuan

Tahniah kepada pengacara popular, Jimmy Shanley yang telah menamatkan pengajiannya dan berjaya memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan.



Menariknya, penampilan isteri beliau di majlis konvo tersebut, Mariam Jamilah Abdul Jalil amat menarik mencuri tumpuan dan menerima pujian dari peminat di page Rotikaya.



Ini kerana Mariam dilihat semakin manis menawan dengan tudung barunya. Tentu ramai yang terpukau dan sukar untuk tidur lena malam ini kerana fikiran masih menerawang. Hehe






View the original article here

Foto terbaru Nora Danish hanya pakai tali bra dikritik

Pergh... seksinya Nora Danish... nak pergi mana tu? 


"Apa yang Kau mahu, Semua Ku beri Apa yang kau mahu, mahu apa lagi Bagaimana aku pula, Aku rimas Jadi Ku Ingin jalan sana Tolong tepi sikit...... ?? #feelinsleeq ##tepisikit #sleeqtepisikit tulisnya di Instagram."



Kalau korang nak tahu, Nora danish kini sedang sibuk dengan pengembaraan sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.



Sumber asal : Blog Infocapayam








View the original article here