#Wajah Cikgu Erin ketika bergelar mak nyah. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kekal cantik.
Pernah
dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd
Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia
mak nyah.
Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.
Namun,
itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru,
Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan.
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.
"Apa
yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan
kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah,"
katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang
baru-baru ini.
Mengakui
punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya
pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu
ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa
perubahan.
"Saya
tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke
universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali
dunia mak nyah ini.
"Di
sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha
merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan
rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya
itu.
Selepas
beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil
kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan
panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh
dengan kemaksiatan itu.
"Sebenarnya
pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun
kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali
semula ke lorong.
"Akhirnya
saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini.
Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian
dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan,"
katanya.
Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya. |
#Selepas
berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana
dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi
supaya kembali ke dunia mak nyah.
"Saya
harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya
kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita
saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat
menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.
"Saya
juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya
bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah
agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar
mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya
mengenakan bayaran serendah RM10.
Khariri bersama dengan Hamidi |
#Kegigihan
Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan
Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak
mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali
pertama bertemu Khairiri.
"Saya
pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki.
Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya
yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut
kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010.
Hamidi
berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar
melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat
Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya.
"Di
sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka
mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan
kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di
pejabatnya baru-baru ini.
Bagaimanapun,
beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi
'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba
bidang teater dan kesenian yang diminatinya.
"Kata-kata
itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang
mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya
tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada
pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya.
No comments:
Post a Comment