Pages

Showing posts with label bakal. Show all posts
Showing posts with label bakal. Show all posts

Friday 28 March 2014

FIRMA RIBBECK LAW BAKAL SAMAN MAS & BOEING SEBANYAK $1.5 BILION



Malaysia Airlines (MAS) dan pengeluar pesawat Boeing 777 kini berdepan dengan tindakan mahkamah bilamana salah seorang bapa kepada penumpang pesawat MH370 telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan itu.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar, salah seorang dari 7 warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoi Circuit Court bertujuan memperoleh bukti yang berkemungkinan terdapat kecacatan rekaan dan pembuang yang mungkin menjadi punca kepada kemalangan yang melibatkan 239 nyawa itu.

Monica Kelly, peguam yang mengetuai kes itu juga mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie juga mungkin tidak cukup pengalaman bertugas sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

Pemfailan kes ini adalah permulaan kepada saman yang berjumlah $1.5 bilion oleh keluarga penumpang terbabit ke atas Boeing dan MAS.

Monica Kelly percaya Boeing dan MAS bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa MH370.

View the original article here

Thursday 20 March 2014

Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300 tahun depan

type='html'>



KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang tahun depan sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.
"Pada tahun pertama (2015) pelaksanaan GST, jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


"Dengan baki kutipan ini, maka kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi. 

sumber

View the original article here

Tuesday 18 March 2014

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

type='html'>


  • bomoh

SHAH ALAM - 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

sumber

View the original article here