Pages

Saturday, 12 April 2014

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.





Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.


sumber

10 Jalan Paling Bahaya Di Dunia!!!

salam..

so arini nak story pasal jalan2 paling bahaya kat dunia
cuba la rancang pejalanan utk elakkn jalan2 ni
kalu nak lalu jgak lantak la..haha


10. Jalan India Grand Trunk (India)


dibina sejak abad ke 16
India’s Grand Trunk Road (dikenali sbg GT) menjalar sjauh 1500 batu dri Bangladesh di timur hingga Pakistan di barat
menjadikan beliau jln tepenting spnjg daerah India
selama betaun-taun, jalan ni diguna sbg cara mudah utk mengelak dari tentera oleh pedagang
GT dikira bahaya bukan sebab ketinggian ataupon keadaan jln yg menyakitkn jiwa
tapi sebab keadaan trafik kat situ
trak, bas, beskel, pjln kaki, dan binatang mmg mnyakitkan kepale
kalu nak lalu jalan ni,minum la air red bull spy sntiasa alert


9. Grimsel Pass (Switzerland)



Grimsel Pass xde la dikira bahaya sgt
tapi lebih popular dgn jalannye yg mmg giler2
bagi aku ni antara jalan paling cantik di dunia
jalan ni menjalar atas gunung yg tingginye 2165m tinggi
dibina dkt Lembah Rhone River dan Lembah Haslital
cuba la jgn memecut kat sini melainkan korank mcm Lewis Hamilton tym kat selekoh
skali tersilap aku cakap bye2 jela!



8. Lebuhraya Pan American (Amerika - Alaska)


Lebuhraya Pan American mmg sgt popular sbg jln pling ekstrim di dunia
jalan ni menjalar sepanjang 30 ribu batu dari Alaska sampai Amerika Selatan..(giler ah!!!)
Guiness Book of World Records jugak dah iktiraf beliau sbg jln tepanjang di dunia yg boleh diguna oleh kenderaan
jalan yg pnjg ni merentasi macam2 bentuk muka bumi
spnjg jln ni de mcm2 musim dan suhu yg ekstrim
masalah kt jln ni adelah banjir kilat dan tanah runtuh
x tekecuali jgak slekoh tajam dan jalan curam
kalu kete rosak kt sini aku nasihatkan korank buat khemah la kat tepi jalan

7. Lebuhraya Halsema (Filipina)


teletak kat Pulau Luzon, Lebuhraya Halsema dibina merentas Teluk Cordillerain dari Baguio ke Bontoc
dan besambung lagi ke Tabuk dan Tuguegarao
tanah rnth dan and batu jatuh tu dah tersangat biasa di sini
menyebabkan kenderaan stuck utk berjam-jam
byk bhgnjln yg masih x diturap
walaupon upgrade dah di buat
tapi masih de tebing2 yg curam yg mnunggu utk mmbunuh korank
keadaan kabus dan xde benteng mmg best bagi sesape nk lalu jln ni
org2 kat situ cakap yg pememdu bas yg lalu jalan ni perangai cam celaka gak
jadi, try la nek bas kalu berani

6. Jalan A682(England)



Jalan A682 antara smpng 13 jln M65 dan Long Preston ni adelah jalan pling teruk kat England
spnjg 10 taun lepas 100 org dah berjaya menempah kubur
de satu hotspot utk jalan ni iaitu kat jalan single lane spjg 14 batu dekat dgn Nelson, Lancs, dan Long Preston kat Yorkshire Utara
kat situ je, 22 eksiden paling buruk belaku kat situ dlm 3 taun
pakar2 cakap yg akan ade 0.5 kematian per 10 batu stiap taun
walaupon org cakap bahaya, tapi jalan ni digemari pembonceng moto terutama tym pagi Ahad (Tangga Troll) adelah jln gunung kat Rauma, Norway dan adelah sbhgn dari Norwegian National Road 63

5. Trollstigen (Norway)


jln ni mghbngkan Åndalsnes di Rauma dan Valldal di Norddal..(korank bukan tau pon aku tipu..haha)
antara sbb die popular adelah sebab sudut jalan sbyk 9% dan 11 slekoh tajam betul2 kat curam gunung
walaupon jln dah dibesarkan, knderaan lebih 12.4m pnjg adelah diharamkan dari masuk jln ni
dekat puncak gunung ade satu tempat kat utk parking kereta
supaya korank bleh rehat,amek gambar dan mengucap puas2 sebelum sambung pejalanan turun!

4. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)


jln yg mghbgkn Arica ke Iquique ni mmg dibina utk jadi berbahaya
korank akan lalu lembah paling dalamdgn angin kencang bersama korank
dengan citer klasik yg ade kete tulang kat bawah tu
korank jugak akan jumpa kete dan jugak bas kadang2
yg mana bawak dengan sgt "slow"nye
maybe diornk ni mmg xnak hidup dah xpon hantu tengah kejar diorank
dgn persekitaran yg sekata dan lngsung x kalerful ni mmg sungguh memboringkan
tumpuan adelah sesuatu yg sukar dan korankdgn mudah tidur tanpa sedar
dan bile da tidur, anda tidur la terus
xde sape2 dah nak tulun bangunkan

3. Jalan Siberian ke Yakutsk (Russia)


jalan ni menjalar dari Moscow ke Yakutsk
yg jugak tmpt pling sejuk di luar Antartika yg pernah direkodkan
kbykn rumah dibina atas konkrit sebab tanahnye yg smmgnye ais (boleh pnggl tanah ke gitu?)
so,ape yg buat beliau ni jln pling bahaya di dunia?
waktu msm sejuk yg kira2 10 bulan lamanye
jalan ni dilanda salji yg sgt teruk dgn ais yg mengaburi pndgn
tapi bawak kete tym ni kire cam pegi piknik la kalu dibanding ngan waktu antara Julai dan Ogos
orang2 Siberia cakap jln tu x beturap sbb nk halau tentera Jerman masa perang Dunia Ke-2
besa la, lawak org tua2
tapi yg betulnye sebab permafrost (beku snjg masa)
bile masuk je musim panas, hujan mula la cairkan ais
trafik jam tym ni mmg cam giler mila jln da start belumpur


beratus-ratus trafik jam belaku spnjg jalan
pengembara mahupun backup terdedah kepada bhy spt dirompak, diblasah dan diculik swaktu stuck kat jalan ni



2. Lebuhraya James Dalton (Alaska)




Lebuhraya James Dalton adelah jln berbatu spjg 414 batu
sememangnya jalan ni bukan utk org bejiwa tenang mahupun kereta baru
cermin keta dan lampu depan mmg target utama batu2 yg terbang kat sini
tapi jgn risau,anda ade teman bila lalu jlan ni iaitu trekter serta treler2 besar
jln ni diguna utk bwk bekalan ke pelantar minyak d Teluk Prudhoe
boleh dikatakan suma syrkt sewa keta x benarkan korank lalu jalan ni
terima kasih kepada trak2 yg memecut atas jlan licin lagi berbatu ni,
diorang bejaya menhasilkan kabut habuk dan lumpur yg maha byk


menjadikan jarak penglihatan menjadi adelah 0 mutlak!
tol utk keta, minyak, dan servis tersangat2 la mahal kat sini
dan mekanik secara teknikalnye x wujud kat sini
kalu nak lalu jgk sila la naik 4-wheel drive siap dgn CB radio, minyak , makanan, tayar ataupon trak pnuh dgn bekalan hidup


1. Jalan Yungas Selatan (Bolivia)


jln ni spnjg 61 hingga 69 km dari La Paz (ibu negara Bolivia) ke Coroico (kwsn Amazon)
jalan ni dah dikategorikan sbg jalan legend la
pada 1995, Inter American Development Bank start panggil beliau sbg "Jalan Kematian"
pernah direkodkan 200-300 pengembara mati waktu melalui jln ni spnjg taun
di sepanjang jalan ade tanda cross sbg tanda kenderaan penah jatuh kat situ
 

sekarang dh x bapa padat sebab dah de jln lain yg baru dibina utk mghbgkn dua bandar tadi
sebabkan sejuk sehingga besalji di atas gunung dan hutan Amazon yg lembap mghsilkan awan kat jalan ni
anda tiba2 boleh berada dlm awan ataupun tdi tgh suam2 kuku tetibe je kena ujan
di sini jugak ade khidmat cuci kete free
tym korank lalu, maybe akan ade air bukit yg jatuh bak air terjun tgh2 jalan tu
kat sini jurang2nye tinggi tambah pulak dgn jalan yg amat sempit
so kalu nk berselisih,tolong la tarik side mirror ye!!!

tu la die serba sikit jalan2 yg best tapi patut korank elak
tapi mostly jalan2 ni ade scenery yg sgt cantik
cantik dan bahaya mmg pair kan?
sesape nak cuba lalu jln ni aku galakkan
pastu tulun tgkap gambo kat aku ek..hehe

sumber

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih
anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.


sumber 

GAMBAR!! Kereta Terbaru Proton.. Proton Perdana