Pages

Friday, 18 April 2014

Cara Ketahui Pasangan Anda Mungkin Ada Yang Lain

pasangan curang

AWAS! Mungkin pasangan anda menipu?, berlaku curang?, ada pasang lain? …adakah anda tahu? ;)
 “10 tips ~ Dia ada yang lain!” Mungkin anda tiada panduan untuk mengetahuinya atau tak sure dengan situasi sebenar? No problem, have a look at this list. I’m sure ianya amat membantu anda :-

1 ~ Apabila berbual bersama, tiada lagi kata-kata mesra. Tiada lagi puji-pujian. Anda pun siang malam duk wondering la pasal apa dia macam tu, mengapa dia tak semesra dulu? YA, MENGAPA? ;)

2 ~ Dia mulai rimas dan tidak suka diperlakukan seperti biasa. Anda cuba nak pegang tangan dia, ditolak tepis lagi. “Melekitlah…” – Agak-agak mengapa ya? … hehe next!

3 ~ Bila handphone berlagu, dan anda cuba tolong jawab untuk dia, tiba-tiba berlari dia mahu menyambar handphone tu then kemain lagi marah dia pada anda, “PASAL APA AWAK NAK SIBUK JAWAB?!!” – :) mengapa begitu sekali tu? Kemudian dia pun menjawab sorok-sorok pulak. Cakap pun bisik-bisik. Bila ditanya, “Salah nombor…” atau “Alaaa…member I laa” – I’m very sure, dia menipu la tuhh… ada awek lain la tu!

4 ~ Masalah-masalah kecil pun terus terjerit-jerit marah. Lepas tu mulai minta masa untuk fikirlah, need some space lah…kita berpisah sementara lah…ALASANNN, huh! Ada yang lain, cakap je ;)   “Dulu-dulu, I pun pakai gak alasan ni…isshh, jahat tul, dulu lah, sekarang dah taubat! :lol: ”

5 ~ Apabila pasangan anda komplen tentang tubuh anda dan mulai membanding-banding dengan wanita dalam magazine ke, movie ke atau kenalan anda, hati-hati beb…dia mungkin mulai ada perasaan pada yang lain.

6 ~ Sudah tidak bawa anda keluar bersiar-siar. Tempat yang selalu dikunjungi juga dah tak pergi dah. Makan pun, asyik bungkus je. Dah tak nak makan kat luar. Bila ditanya, “Malaslah…letihlah…busylah…overtime lah…” Hihi…mengarut tul.

7 ~ Kerap keluar bersama kawan-kawan dan balik lambat. Hilang entah kemana…sedar-sedar tidur rumah kawan. Ini kena selidik cepat sebelum terlambat!

8 ~ Selalu sangat melakukan sesuatu yang dia tahu akan menyakitkan hati anda. Sengaja cari pasal untuk bergaduh, supaya …bila bergaduh, dia free untuk keluar kemana dia suka. Mungkin dia masih sayang…tetapi pastinya cinta dia sudah tiada! kesian :(

9 ~ Tanya satu, jawab satu…kadang-kadang tak jawab langsung. Bila di tanya lagi, “Ishhh…sibuklah!!” haaa…yang ni anda boleh pulas telinga dia hahaha… Atau pun pergi spy…ekori kemana dia pergi…mesti ada perempuan lain! :P

10 ~ Sudah tiada cumbu rayu atau kucupan mesra. Bila nak kiss, mengelak pulak tu. Adoi! Ini dah terlambat ni…kena mandi bunga dah ni. Kalau nak sembuh perhubungan yang macam gini…nasihat saya, mandi air 7 telaga dari 7 surau yang ada dalam 7 negeri. :lol:

:D Hehehe..gelak-gelak juga ya. But all this, can be true. Kemungkinan besar terjadi kepada SUAMI ANDA/KEKASIH ANDA…cuba anda renung sejenak, adakah pasangan anda telah berubah tabiat dan perangainya menjadi seperti lebih kurang dalam 10 tips ini?

Kalau ya…berbincanglah, kalau tak nak bincang…survey dulu, tengok kiri kanan…kalau masih cinta, kena berusaha membaik pulih perhubungan tu…kalau dah tak nak, cari pasangan baru dulu…dah ada, baru chaiow :D

Well, buat apa tunggu lagi kalau orang dah tak hargai kita, dah tiada cinta lagi kan. BUT kepada yang dah berkahwin tuu…think twice beb! ;)

sumber

Ustaz Don muat naik video jelas kekeliruan ( 2 video )


KUALA LUMPUR: Ustaz Don Daniyal telah memuat naik video bagi menjawab video viral yang tersebar melalui laman sosial sejak minggu lalu.

Beberapa blog turut menyiarkan petikan daripada penjelasan Ustaz Don.

Dalam video itu, beliau menjelaskan beberapa perkara yang dianggap penting seperti motif penyebaran video tersebut.

Beliau juga mempertikaikan tujuan video video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal dibuat dan disebarkan melalui media sosial itu.

Petikan penjelasan Ustaz Dom daripada beberapa blog sebagaimana berikut:

Tuan-tuan tidak bagi orang rujuk wikipedia, youtube apa semua untuk nak ambik hujah tapi dengan hanya video sekerat, tuan-tuan jadikan hujah ke atas saya.

Yang pembuat video sekerat-kerat ini, kita tau dah yang ini propaganda, tapi kita juga boleh terjebak.

Tuan-tuan tidak rujuk, tanya pada saya pun dan in fact, tuan-tuan takdak pun dalam majlis tu, wallahualam, tapi macam orang cakap macam adalah.

Kalaulah video macam ni boleh mengganggu gugat kita, hubungan baik kita, kawan-kawan, boleh jadi macam ni, berhati-hati lah tuan-tuan. Senang sangat orang nak bagi putus silaturahim.

Kalau ada benda tak puas hati, mai cakap depan-depan.

video jawapan ustaz don


video kontroversi


sumber

Panduan gaya rambut ikut bentuk muka



Bentuk segi empat atau kotak
Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.


Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.


Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.










Bentuk wajah panjang
Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.








Bentuk wajah hati
Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.











Bentuk wajah bulat
Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.










Bentuk wajah segi tiga
Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.










Bentuk wajah bujur


Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.

Anak beraksi panas, 'baik' punya jawapan Sheila Majid

Jawapan Sheila Majid apabila ditanya tentang imej dan penampilan anak sulungnya Kayda Aziz, yang agak 'panas'.



"Saya biarkan anak-anak saya lalui zaman mereka. Saya tak boleh lindungi mereka setiap masa. Sometimes you have to make mistake to grow up. Kalau pun mereka buat salah satu hari nanti, biarkan mereka belajar daripada kesilapan dia itu. Dulu, saya pun pernah buat silap tapi ketika saya hanyalah anak Haji Majid, tiada siapa pun peduli."

"Dia baru berusia 22 tahun. Dan dia bukan seorang selebriti. Bagi saya, biar dia buat apa yang dia nak buat, apa yang dia suka buat termasuklah dari segi pakaian dia. Diusianya yang sekarang ini, dia masih tercari-cari lagi imejnya dan apa yang dia suka pakai.

"Tapi sebagai ibu, saya selalu menasihati dan berpesan kepada dia supaya berhati-hati kerana di luar sana ada banyak mata yang memandang", katanya lagi dipetik Malaysian Digest.

sumber