Pages

Friday, 23 May 2014

NGERI…PASANGAN SUAMI-ISTERI HANCUR DIGILIS LORI



SATU kemalangan ngeri melibatkan pasangan suami-isteri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report, hari ini.

Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi tadi menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.

Ia berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan menyebabkan mereka tercampak jatuh sebelum lori yang mengekori dari arah belakang mengilis tubuh dan kepala mangsa.

Bagaimanapun, lori berkenaan terus meninggalkan tempat kejadian.

Pasangan malang itu telah meninggalkan lima anak yang masih kecil lagi.

Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Al-Fatihah…

 
 

7 Fesyen gaun nipis Erin Malek pamer bentuk badannya

7 Fesyen gaun nipis Erin Malek pamer bentuk badannya- Penampilan Erin Malek yang begitu memukau ketika tayangan filem terbarunya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya? terbitan MIG membuatkan ramai peminat terpegun.

Dengan mengenakan gaun nipis berwarna biru, kecantikan bentuk badan pelakon muda yang sedang meningkat itu sangat terserlah. Mungkin sebab itu, Erin sering menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana walaupun peluang itu semakin tertutup.

Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, Erin akan bertunang dengan kekasihnya yang dikenali empat bulan lalu pada bulan Jun ini. Bagaimanapun, tarikh majlis pertunangan itu berlangsung belum diputuskan dan akan diumumkan kemudian. Tahniah.

Jom layan tujuh keping gambar memukau Erin Malek ketika mengenakan gaun nipis berwarna biru. Bentuk badannya yang cantik jelas menakjubkan, tak gitu? Jangan cemburu ye.








 
 

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim - Mungkin tidak ramai wanita bergelar isteri di luar sana yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi penipuan apabila tanpa sebarang pengetahuan suami berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain.

Namun itulah liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf Muslim. Penulis akui Dayana memang isteri yang terbaik dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.

Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.

Status Dayana itu membayangkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.

"Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin."



 
 

WTF : Lelaki Kantoi Melakukan Sesuatu Yang Kurang Elok Di Tempat Awam (2 Gambar)

Lelaki Kantoi Melakukan Sesuatu Yang Kurang Elok Di Tempat Awam.
Perlukan tangan itu buat sebegitu?
ANNUITY SETTLEMENTS
ANNUITY SETTLEMENTS
 
ANNUITY SETTLEMENTS