Pages

Monday, 26 May 2014

Rare! Gambar Neelofa Semasa Zaman Sekolah

 
Pengacara dan pelakon terkenal negara, Neelofa sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Artis yang berasal daripada negeri Cik Siti  Wan Kembang ini semakin mendapat tempat di hati kalangan peminatnya. Dia juga diambil sebagai pengacara rancangan yang paling meletup di Malaysia iatu NONA.
Bukan kontroversi mahupun gossip liar yang ingin dikongsikan pada hari ini, tetapi beberapa koleksi gambar milik artis ini yang ingin dikongsikan. Di mana gambar-gambar ini amat jarang sekali ditemui kerana itulah ia boleh dikatakanagak 'rare'. Gambar apa yang dimaksudkan ini? Gambar yang dimaksudkan ini adalah gambar-gambar Neelofa kita zaman sekolahnya.
Haa, mana penulis dapat gambar-gambar ini? Rasanya tidak perlu dijawab soalan tersebut. Satu lagi, jangan tanya penulis mana satukah Neelofa dalam gambar-gambar di bawah ini.
Jom layan gambar-gambar 'rare' Neelofa ketika zaman persekolahan.





Sunday, 25 May 2014

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 yang memasuki edisi ke-27 malam ini berlangsung buat pertama kalinya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sejak kali pertama penganjurannya pada 1987.
ABPBH 2013 sepatutnya berlangsung pada 6 April lalu tetapi ia ditunda untuk menghormati tragedi MH370 yang melanda negara, baru-baru ini & pada acara karpet merah pihak penganjur mendedikasikan satu laluan khas untuk mengenang MH370.
Diacarakan oleh Didie Alias bersama Awal Ashaari, acara karpet merah malam ini dimeriahkan oleh para selebriti popular tempatan yang hadir dengan busana mengikut tema Magis Alam yang telah ditetapkan penganjur.
Nama nama popular seperti Aaron Aziz, Datuk AC Mizal, Zizan Razak, Emma Maembong, Adira AF, Nabila Huda dan Nora Danish tidak ketinggalan tampil dengan gaya mereka tersendiri.
Seperti biasa, kami akan hidangkan gambar para selebriti di sekitar karpet merah yang telah berlangsung untuk tatapan anda yang terlepas untuk menyaksikan ianya secara langsung di TV dan portal rasmi ABPBH 2013.

                   klik disini untuk gambar selebritu di karpet merah


sumber 

Foto Seksi Emma Maembong Skirt Pendek Paras Peha

 Emma Maembong

Merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik, Emma merupakan antara individu yang paling bertuah dapat bergelar pelakon di usia muda bersama adiknya, Cha Cha Maembong.

Foto Seksi Emma Maembong Skirt Pendek Paras Peha

Emma dilahirkan pada 27 Mac 1992 (22 tahun) dan bakatnya mula dikesan selepas membintangi watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima. Namun, beliau banyak kali dikritik peminat kerana kualiti lakonan yang agak kayu dan kaku.

Mengenai pendidikan yang diterima kekasih Zizan Razak itu, Emma memberitahu hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan selepas itu terperap di rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Lagi 2 keping gambar terkini Emma Maembong di bawah.

 Emma Maembong

 Emma Maembong 

Fesyen belahan peha Raja Ilya di ABPBH 2013 antara paling seksi

Fesyen belahan peha Raja Ilya di ABPBH 2013 antara paling seksi - Setiap kali sesebuah acara berprestij berlangsung pasti ada acara karpet merah akan diadakan sebelumnya. Tidak terkecuali Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan gilang-gemilang.

Penampilan setiap pastinya antara yang paling menjadi perhatian peminat di laman sosial. Kalau ada fesyen pakaian yang digayakan dirasakan terlalu terdedah, ia akan menjadi topik diperbincangkan peminat.

Dalam ABPBH 2013 kali ke-27, selain Zila Bakarin penampilan pelakon filem Appalam, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Raja Mohd, juga mencuri tumpuan apabila tampil dengan gaun ketat berwarna biru yang nipis dan mempunyai belahan pada bahagian peha.

Pada penulis, fesyen yang digayakan beliau memang amat sesuai dan menonjolkan kecantikan bentuk badannya. Jelas, aktres berusia 28 tahun itu telah membuat pilihan tepat walaupun agak terdedah di mata pemerhati hiburan.