Pages

Monday, 26 May 2014

Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong



Zizan Razak dan Juliana Evans

Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong | Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak akan kembali menagih cinta Juliana Evans dan meninggalkan kekasih hatinya sekarang iaitu Emma Maembong.
“Kalau saya memilih dia, mungkin saya menunggu dia. Tetapi kalau saya sudah bersama dengan orang ini takkan saya nak buat macam itu kan?
“Saya pun manusia. Saya dah mengaku ada apa-apa dengan Emma, takkan saya sekejam itu.

Tetapi kalau saya ada hati pun dengan yang sana, takkan saya nak tinggal yang sini, betul tak?,” katanya.

sumber

Kisah Unik Pertemuan 2 Wanita Yang Ternyata Kembar


















Lulin, seorang pelayan dari Jiuyang di Guizho, China selatan, bingung kerana ramai orang yang mendekati dan bercakap kepadanya seolah-olah mereka mengenalinya. Mereka akan bertanya tentang pekerjaannya di Wilayah Fujian, menyangka dia menantu sesesorang atau bertanya mengapa dia tidak mengenali mereka. Namun, Lulin belum pernah melihat atau mengenali mereka dalam hidupnya.

Wanita 24 tahun ini bersumpah untuk menjejaki mengapa kejadian misteri ini berlaku dan jadi terkejut setelah mendapati bahawa dia mempunyai saudara kembar yang dipisahkan darinya sejak lahir. Perjalanan luar biasa Lulin tentang penemuan ini bermula pada Jun 2009, ketika dia sedang membantu saudaranya berniaga buah dan ketika itu ada empat orang nenek mendekatinya. "Kau telah kembali dari Wilayah Fujian? Kenapa kau tidak memberitahu kami?," Kata salah seorang dari mereka. Ketika Lulin menjadi hairan, ia bertanya siapa mereka, yang lain mengejek: "Kau pasti sudah banyak wang, dan tidak ingin kenal kita lagi."

Hanya beberapa bulan kemudian seorang lelaki separuh umur mendekati Lulin, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran di Jiuyang dan berkata kepadanya: "Kau kelihatan benar-benar serupa dengan salah satu kerabat saya.'' Tidak lama selepas itu, seorang remaja yang tengah makan di restoran mendekati Lulin dan berkata,'' Yanfei, anda bekerja di sini sekarang?'' 

















Lulin membuat keputusan untuk mencari Yanfei misteri ini tetapi beliau sedang hamil dan harus membatalkan rancangannya. Ibu anak satu ini berkata: "Idea untuk mencarinya selalu ada dalam fikiran saya. Saya ingin mencari selepas anak saya besar sedikit." Pada akhirnya selepas tiga tahun Lulin memulakan pencariannya.

Pada bulan Oktober Lulin sekali lagi disangka Yanfei di tempat kerja tapi dia melihat peluang ini dan berjaya mendapatkan alamat wanita tersebut dari restoran. Pada ketika itu Yanfei (saudara kembar), sedang bermain dengan anaknya di rumah ketika ia tiba-tiba mendengar ibu mertua dia berteriak, 'Yanfei, ke sini sekarang! "Yanfei merasa bimbang dengan nada ibu mertuanya dan ketika dia berlari keluar seorang wanita berdiri dihadapannya. Yanfei terkejut - Lulin hampir serupa dengan dirinya.
Yanfei berkata: "Saya merasa saya sedang melihat ke cermin." Lulin menambah: "Kami merasa seperti kami sudah saling mengenali selama bertahun-tahun."

Yanfei dan Lulin menyedari bahawa mereka pasti kembar yang dipisahkan sejak lahir. Ada persamaan luar biasa banyak di antara mereka melampaui persamaan fizikal. Mereka berdua berkahwin pada tahun 2007, kedua-dua suami mereka mempunyai nama, Bin, dan anak-anak mereka juga kelihatan serupa. Mereka mempunyai suara yang sama, sama-sama ramah, gaya berpakaian yang sama, dan menyukai makanan yang sama. Mereka bahkan mempunyai bekas luka yang sama di jari mereka selepas mengalami kemalangan yang sama ketika mereka berusia enam tahun. 












Gambar Zila Bakarin yang memukau di ABPBH 2013

Gambar Zila Bakarin yang memukau di ABPBH 2013 - Meskipun acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah melabuhkan tirainya dua hari lalu namun ia hangat diperkatakan sehingga kini dek kerana beberapa kejutan dan kontroversi yang berlaku.

Antaranya ialah tindakan Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular buat kali kedua menewaskan Zizan Razak dan juga fesyen-fesyen yang ditampilkan kalangan artis wanita di karpet merah.

Pelakon Zila Bakarin merupakan salah seorang artis yang begitu mencuri tumpuan di pentas ABPBH 2013 pada Sabtu lalu. Aktres berusia 39 tahun itu mempamerkan fesyen yang kelihatan superhot dan amat memukau penonton. Mari layan beberapa keping gambar beliau di bawah.







 
 

VIDEO : Cara Untuk Pecah Masuk Ke Dalam Kereta Anda Sendiri (yang terkunci)


Bagaimana cara untuk pecah masuk ke dalam kereta anda sendiri (yang terkunci)

Terkunci di luar kereta adalah perkara normal, dan kami pasti anda pun pernah mengalaminya.

Harap maklum bahawa klip video di bawah mungkin berasal dari Russia, yang barang kali hanya tahu cakap “Hello” sahaja dalam Bahasa Inggeris. Protagonis dalam klip ini, menunjukkan skillset yang mungkin mengingatkan anda kepada MacGuyver, di mana pintu kereta yang dikunci dibuka dengan hanya seutas dawai.

Ya, sila ambil perhatian bahawa untuk memastikan kejayaan aktiviti ini, anda memerlukan sebuah kereta dengan pintu “rabak” dan berumur sekurang-kurangnya 20 tahun. Beliau menambah, “Saya perlu ingat silap mata ini jika saya kembali ke tahun 80-an.” Jika anda masih menggunakan atau memiliki kereta lama seperti dalam klip ini, bolehlah anda menambah skill baru. Selamat mencuba!